Wednesday, April 30, 2008

Sabar dan Tawakkal.

Saya pernah dengar orang tua kita berkata... B.U.G.I.S itu dari 5 kalimah iaitu B- berani (kerana benar), U- usaha (kuat kerja), G - gigih (tidak putus asa), I - Indah (seni budayanya) dan S - Sabar (mengawal diri).

Sabar pula sering dikaitkan dengan tawakkal kepada Tuhan, sesuai dengan budaya Bugis yang amat rapat dengan agama. Lagu-lagu dan puisi Bugis banyak diwarnai dengan ajaran-ajaran agama. Ketika di Mesir dulu, saya sering ikuti program wacana ilmu anjuran Persatuan Keluarga Sulewesi dan di situ saya banyak mengenal Bugis dan budayanya. Saya sempat juga belajar sedikit tulisan Bugis (Ka Ga Ngang Kak, Ca Ja Nyan Cak, Ta Da nan Rak, Pa Ba Mam Pak, Ya Ra La Wa, Sa A Ha... kalau salah tolong betulkan...)

Ada pepatah Bugis yang amat berkesan di hati saya tentang sabar dan tawakkal - "Sabbarak ko mappesona, mu tajeng pammase... Dua pammase u tajeng... Pammasena puangngE, pammasena idik wattakalata..." Jadikanlah sabar dan tawakkal itu sebagai perhiasan diri...

(Sekiranya ada teman-teman padaidik dari Universitas Hasanuddin yang mengikuti blog ini, saya ingin menjejaki sahabat-sahabat yang bersama di Mesir pada tahun 1979-1983. Salam...)

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ust,

saya mengucapkan tahniah atas kelahiran blog ini. saya agak terkejut bila melihat e-mel yg dihantar oleh ust dalam blog buginese, tak kusangka kuat lagi bugis kita.

selama ini saya menyangka ust dah duk lama kat semenanjung mungkin kebugisan agak pudar, namun kini saya percaya ust mampu utk memimpin anak2 bugis sabah di smennjung yg semakin ramai jumlahnya.

terlalu banyak yg nak disembangkan dgn ust, tapi saya rasa ruangan ini terllu kecil. Ust kalau ada masa boleh hubungi saya di 0166960635 ( Haris ) atau ke blog saya http://sandakanorigin.blogspot.com/

saya sekarang menetap di ipoh dan beramal sebagai serang pengamal undang2.

p/s: kita punya kesamaan, beristeri jawa..iso ngomong jowo orak? heheh

Dr. Badrulamin Bahron said...

Alhamdulillah sdr haris, wes melebu jowo ya ngomong jowo... Macamanapun, memang semangat bugis tak pernah lemah. Insya Allah nanti kita boleh jumpa dan berbincang panjang... Terimakasih kerana sudi mampir ke blog yang tak seberapa ini... Terimakasih juga atas komentar serta saya harap sdr dapat terus menyumbang idea dan semangat menerusi blog ini. Ksuwon... Salam.

Anonymous said...

Salaam Bang Doon (Dr Badrul) dan semua sekaum seagama yang melawati blog ini.

Wah ada idea pulak bukak blog bugis pasti kaum lain jealous ni..eheh.

Sedikit komentar kekadang ada antara anak2 bugis tidak bangga menjadi anak bugis..malah malu2 mau mengaku pulak tu. Mungkin merasa rendah diri tanpa ujung pangkal kerana kurang arif kehebatan diri sendiri.

Mungkin perlu saya berkongsi komen seorang sahabat kaum kadazan yang telah convert Islam. Katanya orang Bugis lah paling dia suka paling diharap untuk menjadi pekerjanya kerana komitmen yang tinggi terhadap apa saja tugas yang diamanahkan. Belum lagi orang Bugis yang memegang peranan profesional..apatah lagi!

Ok itu aja..sekadar berkongsi

Sabariah Haji Bahron
Kota Kinabalu

UntrainedSifu said...

Assalamualaikum boss,

Baru hari ini aku berekesempatan melawat blog ini. Alhamdulillah, syukur kerana bakal meriah dan bertambah 'maroa' lagi anak ugie dalam arena blogger.
Selepas pertemuan singkat kita beberapa hari lalu di Surau Al-Firdaus, seksyen 4, Kota Damansara baru kini berkesempatan untung berkomunikasi semula. Buku "Dari UIA Ke ISA", sempurna saya baca malam itu juga. Menarik dan tertarik dengan ketabahan ustaz. Malah saya dapat merasakan bahawa saya berada dan menjadi sebahagian watak dari plot-plot kisah dalam buku itu, meskipun kecil yang amat. Bila mau datang ke Kt Damansara lagi?

Anonymous said...

dr..

persamaan ka antara ketiga2 ni?

portugis
inggeris
francis
bugis

bugis mmg hebak..

Dr. Badrulamin Bahron said...

Adik saba, proses mengenal diri amat perlu dalam usaha mengenal Pencipta... "Orang yang kenal dirinya , kenal Tuhannya..."

Untrainedsifu, terimakasih sudi kongsi pengalaman dalam buku "dari uia ke isa"... esok isnin 12 mei saya di kuliah magrib di surau al-ulum kota damansara (tak pasti pulak seksyen berapa.... Harap dapat jumpa lagi.

Essowenni, memang bugis sebuah bangsa yang hebat (dalam sejarah), cuma kadang2 orang bugis nya saja sekarang yang kurang hebat...

Terimakasih atas kesudian semua untuk berkomunikasi dalam blog ini... Salaamak...

UntrainedSifu said...

Surau al-ulum di seksyen 9 itu boz, makawe' mi pole ri bolaku. Tapi kalu joppa aje, bisa keluar juga keringat dingin. Apapun, demi perjuangang InsyaAllah kita ketemu jua malam nanti.

Bahri Hj Lakile
Kota Damansara

Unknown said...

Assalamualaikum ustz,

sikap Sabar dan tawakkal wajar dipahat dalam diri ugik kalau mau berjaya. Setiap usaha pasti berhadapan dengan tribulasi yang tidak diduga. Ugik tidak harus jadi fosoh dan fetaureng, kalau takut risiko jangan bicara soal perjuangan hidup. Ayoh! ugik mari bagun dari tinro nu dan bergerakpadu ke arah kejayaan.... tunjukkan kebolehanmu ...

Anonymous said...

Assalammulaikum,

Aga karebah..Semoga ust & keluarga medecheng-medecheng..Terjumpa link blog ini sewaktu browse pemudasabah.

Yak foleh jorok-Ugik Batu Pahat.Dah lama tak jumpa ustaz. last sekali sbm PRU di surau Cempaka Sri Damansara..Kjan dah bertukar bila nak bagi kuliah di Masjid AL Mukarramah KL..

Pada pdgan saya ustaz bahasa bugis ni dah semakin dilupakan.Saya sendiri walau pun dilahirkan sbg bugis masih tak lancar bercakap bugis. Kekadang timbul sesalan kenapalah tak cakap & tak belajar tulisan bugis dari org tua saya dulu...arwah Org tua saya dulu bila pergi "mabbereh jamak" bawak kitab besar tulisan bugis.. cuma nya masa tu saya masih budak2 lagi tak pedulikan benda tu semua....


Aneknah Daing Pawarek-
foleh Rengit Bt Pahat

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih sdr Khirs... InsyaAllah bukan setakat masjid almukarramah, tapi juga masjid negara. Semua itu akan jadi gelanggang dakwah kita. Selama ini masjid terlalu lesu hingga ummat juga jadi beku. Di Selangor, kita akan jadikan masjid dan surau sebagai Perlimen Ummah untuk membahaskan semua permasaalahan ummat dari soal keluarga, pendidikan, ekonomi hinggalah kepada soal politik! Harap sokongan semua...

Sdr Gani, keberanian yang dipimpin oleh kebenaran dan kebaikan akan menjadikan bangsa ini gagah dan mulia. Malang sekali bila kita jadi penakut dan dalam masa yang sama pula dipimpin oleh kejahatan dan kebatilan...

Syabas sdr Bahri... dan terimakasih kerana hadir kuliah magrib di al-ulum...

Terimakasih semua! Salaamak...