Friday, April 25, 2008

Bugis & Siri' (sekadar cetusan minda)

Siri' dari segi bahasa ertinya malu. Namun siri' sebenarnya lebih dari sekadar malu. Kalau orang berkata - Dek na masiri' - boleh saja membawa erti 'dia tak malu'. Tapi kalau - Dek gaga siri' na - itu boleh membawa erti lain yang amat mendalam...

Siri' adalah maruah atau harga diri seseorang (juga dalam makna yang lebih luas, maruah bangsa dan agama) yang wajib dipertahankan. Orang sanggup buat apa saja bila siri' nya tercabar apa lagi tercalar. Kerana siri', moyang kita sanggup menyeberang lautan luas yang ganas. Kerana siri', moyang kita sanggup berjuang pertahankan tanah air dari musuh yang menceroboh. Kerana siri, moyang kita sanggup buat apa saja...

Siri' menjadikan seseorang itu berani untuk berkata dan bertindak. Perkataan dan tindakannya pula dikawal oleh akal yang waras kerana perkataan atau tindakan yang ikut nafsu akan menyebabkan kehinaan dan itu bercanggah dengan siri'. Orang yang punya siri' tidak buat perkara-perkara hina, jijik dan memalukan. Siri' mencegahnya dari mencuri, menipu, berbohong, malah siri' menghalangnya dari bersyubahat atau bersekongkol dengan sebarang bentuk kejahatan dan sifat terkeji.

Ringkasnya - Siri' adalah kekuatan dalaman atau jatidiri (dalam Islam ia dipanggil aqidah) yang menjadikan bangsa Bugis pernah dihormati dan digeruni satu ketika dahulu...
Oh... Ohh... dan Ohhh...

12 comments:

andik paccucung said...

Assalamualaikum Ustaz dan padaidik blogger semua. Andik paccucung mendaftar masuk, Bechek perantau dari Tawau juga. Salam perkenalan di alam maya.. :-)

andik paccucung said...

Bukankah ada hadith nabi 'al-haya-u minal iman'.. malu itu sebahagian dari iman.. Siri' la tu kan? Malu di sini bukan yang jenis tersipu-sipu, terkulat-kulat seperti yang dianggap 'kiut' oleh sebahagian anak muda kita. Rasanya siri' di sini lebih kepada pride dan integrity, betul tak Ustaz?

Anonymous said...

kenape ustaz badrul amin xmasuk pas? kenape memperjuangkan pkr..sedangkan melayu sudah makin berpecah belah...

ini bukan pasal ketuanan yang dimainkan umno,tapi amat pelik kenape tuan dan Anwar xmasuk pas..
yang untung dap..sebab undi melayu terpecah2..

dan betul ke yang ustaz n Anwar xmasuk pas pasal kalu masuk pas, banyak jawatan veteran yang perlu ditempuh. Jadi, dengan menubuhkan parti baru, tuan dan Anwar dapat berada di kerusi eksekutif?
betul ke dakwaan ni..bole bagi penjelasan tak uztaz..

saya hormati ustaz..tapi kenape dengan anwar..huhh

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih andik... memang malu itu sebahagian Iman. Bukankah orang bugis juga kuat iman? Hmmm..

Soal Parti... Matlamat Pas & PKR adalah sama:

1) Matlamat jangka pendek iaitu untuk menghentikan kezaliman BN. Sekarang dah nampak hasil setelah kita menawan 5 negeri + Wilayah. Dan ini tidak akan berjaya jika tidak ada gabungan tenaga PAS, PKR dan DAP.

2) Menegakkan Kerajaan yang ADIL, BERSIH, BERKEBAJIKAN... Ini juga perlu gabungan tenaga ketiga2 Parti + Parti2 lain yang akan bergabung dengan Pakatan Rakyat selepas ini...

Untuk itu kesemua Parti dalam Pakatan Rakyat mesti kuat dan diperkuat. Jika hanya PAS shj kuat sedang PKR lemah, matlamat itu tidak akan tercapai. Saya masuk PKR bukan kerana namanya "Parti keadilan" tetapi kerana MATLAMAT tersebut...

Soal DAP, janganlah risau. Mereka juga orang baik macam kita malah lebih baik dari sesetengan 'orang Melayu' yang kononnya membela Melayu... Yang jelas DAP lebih baik dari MCA dan Gerakan... Kita bangga berkawan dgn orang baik macam DAP...

Puang Bahe' said...

Assalamu alaikum ustaz dan kawan2 yang lain.
Bilang budak2 muda "enter frame" sekejap. Betul kata ustaz. Siri' tu serupa dengan aqidah kita yang memandu tindak-tanduk dan perbuatan kita seharian. Saya perhatikan orang-orang kita memang masih ramai yang kuat siri' nya. Walaupun sedang berjualan masih menegakkan sembahyang di tepi jualan mereka di pasar besar tawau (dan juga tempat lain saya rasa). Inilah yang kita warisi sejak dulu. Kuat berusaha dan tidak lupa pegangan.
Namun, ada jugak yang berusaha siang-malam untuk mencari penghidupan tapi solat entah ke mana, akhlak entah ke mana... Kalau beginilah orang tuanya, bagaimana dengan anak2 mudanya???
Melentur buluh perlu dari rebungnya. Kalau umur setahun-dua sudah diajar perkara2 karut-marut, salah siapa kalau mereka besar nanti jadi penyagak dan kutu?

mappalappang said...

Pada saya bila kita memperkatakan tentang "siri" kepada kaum bugis, pastinya dikaitkan dengan akhlak dan budipekerti mulia. Begitu tinggi nilai "siri" yang perlu dikekalkan oleh kita.

Walau bagaimanapun pengertian 'siri' yang ada pada kaum bugis sejak kebelakangan ini kurang difahami terutama sekali dengan golongan muda, bukan salah meraka tetapi silap kita sebagai generasi terdahulu untuk mengajar dan menyemai sikap tersebut kerana masing-masing sibuk untuk mengejar kejayaan. Namun begitu kita belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan sekiranya ada diantara kita yang sanggup tampil untuk menerajui kesatuan ini.

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih padaidik semua... maaf 2 hari tak sempat buka blog... bikin2 sibuk...

Saya jumpa bugis asal dari mostyn kemaren di Kuala Pilah Negeri 9. Kesian, sejak saya kalah dalam PRU10 di Silam, dia terpaksa hijrah kerana malu dan tertekan... Alhamdulillah berkat Hijrah, kini dia ada perniagaan sendiri dan hidup lumayan.

Di Kelang, saya dimaklumkan, ada lebih kurang 15 ribu bugis kebanyakannya buruh dan kilang... Mega na pa ha... Saya sedang berusaha untuk menjejak mereka dan ramai juga yang bantu saya dalam PRU12 yang lepas...

Alhamdulillah... kini selangor dapat di tawan. Moga martabat padaidik di selangor ini dapat dipertingkat...

Anonymous said...

Memandangkan bugis dalam sejarah adalah pelayar yang suka hijrah ke merata tempat, harap ustas boleh kupas sedikit tentang konsep hijrah untuk manfaat semua. Saya juga mengaku hidup saya banyak berubah sejak hijrah ke semenanjung ini. Cuma saya tidak sehebat ustas lah. Sekadar boleh berbakti untuk keluarga sendiri sahaja. Salamak.

Dr. Badrulamin Bahron said...

InsyaAllah, saya akan kupas persoalan hijrah dari perspektif Islam dalam kesempatan akan datang. Cuma teringat pesan mak semasa mula melangkah kaki meninggalkan Tawau 33 tahun yang silam "...pegauk madecengnge..." (buat yang baik). Memang betul kata mak kerana manusia akan dikenang kerana kebaikannya...

"Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga..."

Anonymous said...

antara RPK dan Dr.

Dr lagi hebat...

Anonymous said...

Apa kata kita jika ada orang bugis berkata - sukar menyatukan pemikiran orang bugis kerana orang bugis rata-ratanya miskin dan jahil?

seribugis said...

Salam,
Ustaz dalam bulan ramadhan ini syukur terjumpa pula artikel tentang sebahagian pegang hidup moral budaya bugis : iaitu : 1. Lempu-e nasibawai tau 2. Ada tongengnge nasibawai tike 3. Akkalengnge nasibawai nyamekkininnawa 4. Awaraningenge nasibawai cirinna.
Manusia Bugis memang bersifat individu yang pemberani, tetapi yang paling utama adalah sikap jujur atau melempu'e dengan larangan bersifat riya' atau puji ale(t dan bongkak (takabboro''). Kejujuran yang disertai taqwa adalah kejujuran yang sebenarnya.Pengucapan yang berlainan daripada perlakuan, bererti kejujurannya tidak disertai taqwa. Atau Pabbelleng.. Manusia bugis adalah manusia yang sederhana dengan keseimbangan pada syariat dan hakikatnya.. Siri'e bukanlah mencirikan keberanian manusia bugis tapi lebih ke arah kesepadanan rupa tawu'. Tanpa mengkulturkan dan metaksubkan mana-mana pemimpin yang juga makhluk. Menempatkan seseorang pada tempat sewajarnya (Pakkara Makkaraja) Berdiri sama tinggi dengan bangsa lain, hormat menghormati, tanpa mengharapkan pertolongan selain Yang Maha Kuasa.
Salamak