Thursday, April 24, 2008

Salam Perkenalan. Aga kareba?

Assalamualaikum w.w.

PADAIDIK PADAELOK - adalah perkataan Bugis yang membawa maksud "SESAMA KITA BERBAIKLAH". Digunakan untuk menunjukkan semangat setiakawan yang tersemai dalam diri orang-orang Bugis. Blog ini mengajak semua (Bugis dan bukan Bugis) untuk bersama-sama meneroka dunia Bugis yang tercatit dalam sejarah Melayu sebagai sebuah Bangsa yang hebat...

Saya amat mengalu-ngalukan sumbangan idea, penulisan, cerita, komen, apa saja untuk mengembangkan blog ini. Terima kasih!

Salaamak! Salaamak!

(nikmati lagu-lagu Bugis (Indo Logo) dalam www.youtube.com/watch?v=kj3rG1y2hYY)

51 comments:

Dr. Badrulamin Bahron said...

Komen anda dialu-alukan. T.kasih.

Anonymous said...

madeceng!

Anonymous said...

Tahniah atas kelahiran blog yang bermakna ini. Masih ramai yang tidak kenal Bugis. Diharap blog ini dapat sedikit sebanyak memberi maklumat kepada pengunjung (BUgis or non-B). Kalau di Sabah bila disebut B, ramai yang memberi persepsi awal "pendatang". Tapi persepsi sebegitu sebenarnya memang tidak tepat kerana kewujudan orang Bugis di Tawau telah dijejak sejak tahun 1880an lagi. Tahniah sekali lagi!

Anonymous said...

Madeceng ustaz... Tahniah lah. Langkah yang amat dialu-alukan. Kawan2 lain boleh tambah info dan maklumat tentang bugis. Rasanya buku2 / dokumen tentang bugis masih belum banyak diterbitkan...

Anonymous said...

Salam semua,
Padaidik padaelok tu rasanya boleh juga membawa maksud, satu tekad satu azam! Gambar tu di mana ustaz? Ndak berapa jelaslah...

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih atas semua komen dan respon... Ya setuju dengan maksud 'satu azam satu tekad' juga 'satu matlamat satu perjuangan'... malah luas lagi makna padaidik padaelok itu... semuanya menggambarkan semangat sekiakawan orang Bugis. Gambar tu masa kawin anak kak mun di sg.petani kedah bulan lepas... nanti kita cari gambar yang besar dan terang ya... Akan menyusul lepas ini sejarah kedatangan orang Bugis di Sabah dan Malaysia... Insya Allah...

mappalappang said...

Syabas dan Tahniah...

Ruangan ini perlu di war-warkan kepada semua, khasnya suku kaum bugis yang memerlukan satu wadah dan platform untuk membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh orang "kita" dengan bebas demi keharmonian dan kebaikan semua.

Bercakap tentang kedatangan Kaum Bugis di Sabah, Saya menjemput pensyarah dari UMS yang telah menerbitkan buku tentang kedatangan Kaum Bugis di sabah untuk berineraksidi sini.

Pada saya usaha yang dilakukan oleh beliau patut di hargai dan di hormati. Walau bagaimanapun saya rasa fakta yang diperkatangan dalam buku tersebut perlu dihalusi agar lebih jelas dan logik.

Terima kasih

TADAD said...

Askum ustaz
Saya masih teringat kisah di silam pada 1999 dan harap ustaz masih ingat saya dan saya gentelment kot ustaz letak nama betul, bukan macam padaidi yg lain takut guna namanya hehe malah ada juga yg takut jadi bugis kot. Saya berharap ustaz boleh lakarkan idea atau konsep yg ustaz fikirkan dalam membawa nama bugis dalam perjuangan dan mengajak berkongsi dalam blog ini kerana memang ini yang kami alu-alukan dan jgn lupa lawat lamanweb kami di www.kecapi.4u.net.my.
Seperkara yg saya nak tanya ustaz kerana dalam usaha kita memelayukan bugis khususnya di sabah. Ustaz pula cuba bawa bugis kedaerahan yg ada di sul-sel seperti bone dan wajo. Apa kira-kira yang ingin disampaikan.
Tentang sejarah bugis ke sabah kami sedang bangunkan malah kami ada buku dari Luwu ke Darul Ehsan sebagai bahan rujukan juga.
Perjuangan harus diteruskan walaupun ranjau melintang ditengah jalan tapi semangat tidak akan luntur jika masih melihat cahaya dihujung terowong. hehe
Salam perjuangan

Dr. Badrulamin Bahron said...

Sdr Mappalappang, terimakasih. tlg panjangkan jemputan saya pada sesiapa sahaja yang boleh menyumbang perkara yang baik untuk blog ini.

Sdr Tadad, saya masih ingat sdr... Terimakasih... mana mungkin lupa orang yang pernah berjuang bersama di barisan hadapan... Adapun tujuan menyebut wajo dan bone sekadar ingin mengenal, menghargai dan mengingati akar kita. Agar dipuncak mana pun kita berada, kita tidak lupa akar dibawah yang menghidupkan kita. Bugis tetap satu... seperti juga Islam tetap satu... Dan kesatuan itu yang menguatkan kita. Kita dipecah-pecahkan dengan tujuan untuk melemahkan kita, dan sememangnya kita hari ini adalah bangsa yang lemah...

Tujuan blog ini ialah untuk mengembalikan semangat kesatuan yang telah lama hilang bersama hilangnya ingatan kita tentang asal usul kita...

Anonymous said...

assalamualikum wr..wb..
terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kerna telah memulakan konsep mengeratkan silatturahim dengan pendekat sebegini. semoga dengan adanya blog ini akan dapat menghimpunkan seramai mungkin cendekiawan anak-anak bugis...tidak kira di mana jua mereka berada. Justeru dengan wujudnya ruangan ini akan ada lagi kesinambungannya sepertti mengadakan perjumpaan secara bersemuka melalui tingkap sebegini..
tahniah 'pole jokka massappa sokkok
iak tau nappa massappa sappok'

yakko....ugi tongeng

Anonymous said...

magani ko pakkoei..magello kang..wedding ki simaccurita di sibawatta...aga urusang...
jadi u harak ni tu ajak diuno blog (mcm blok di estet)eee...nasabak maega decenna..sipaccurita ki na compong moto curita-curita gelo na..pole di anak2 ugik ee magello sikola na..na wedding to mancagi pammula di anak2 nappa compong elo lokka massikola mabela...
ya...yaro bawang na moga-moga degaga halanganna blog ee na malampe sungeknna lokka mabel na maitta.

wassalamualikum...

Tahniah Dr semoga ianya membantu dalam penyatuan dan silaturrahim..

Dr. Badrulamin Bahron said...

Alhamdulillah... sambil bercerita, bertanya khabar kita berkenalan... Moga dengan ta`aruf itu sillaturrahim berpanjangan. Jika tidak keberatan, sila perkenal nama, atau dari mana... siapa tau kita rupanya sappo siseng...

Indah sungguh seperti kata sdr Sappok 'pole jokka massappa sokkok
yak tau nappa massappa sappok'...

Terimakasih...

Cikgu Syamsul said...

Bercerita tentang perjuangan, saya suka dengan cerita daripada pakcik saya yang lebih kurang begini ceritanya:

Kalau kita hendak makan buah kelapa ada beberapa cara untuk kita mengambil buah kelapa dari pokoknya.

pertama, kita boleh pakai sabit. dengan cara ini tak kira kelapa tua atau muda semua boleh di kasi jatuh.

kedua, kita tumbang pokoknya. dengan cara ini semua buahnya akan jatuh.

ketiga, kita panjant pokoknya. dengan cara ni kita boleh pilih buah mana yang kita mau. mau yang muda, yg tua...

dan yang keempat kita tunggu saja buahnya jatuh sendiri. tapi buah kelapa tua atau buah yang tidak jadi sajalah kita dapat.

apa yang saya perhatikan dan belajar daripada sejarah, pedoman ini memang banyak diguna pakai oleh pejuang2.

jadi pilih lah cara mana yang paling sesuai. beringatlah untuk hari esok walaupun kita tahu apa yang akan berlaku esok hari.

salam ///

mappalappang said...

Anonymous...
Kessipaha ada-adammu ammure...

si kaili lilakku bacai.... Matena iaya...

Saya sebenarnya malu bila kawan saya... orang jawa kasi tau... ini blog ada... Orang itu kerja Pengusaha Kapal Kargo... ada di Sibu Sekarang... Sudah, sembahyang subuh dia SMS saya, bilangnya masuk blog bugis... kalau betul kau bugis... terima kasih kawan.... jadi tugas kita, mewar-warkanlah kepada kawan-kawan lain....

kepada kawan-kawanku yang telah ku SMS...yang ada USM (buat Phd)...KK (Bos-Bos semua).....Sandakan-Ketua Jabatan... Tawau... Lawyer dan Architech... ayuh masuk bah kalau berani...

Menyahut seruan Dr Bad agar memperkenakan diri......

iyapa dolo pammulai....

nama yang tertulis adalah nama Etta saya....Mappalappang @ Petta Kure, (Tawau), tiada yang kenal... Orang Estate bah...BRUMAS Tawau...

Saya bekerja sebagai ALONG BANK NEGARA.... Siapa perlukan duit untuk berniaga (Buka untuk lain ya...).... marilah jumpa Saya...di SME Bank Tawau.

Terima Kasih.

mappalappang said...

aku punya comment... keluar macam ini... April 24, 2008 4:06 AM



baru ku perasan...salah jamnya ini blogger doktor.... kasi betul bah... sekarang baru jam 07:00pm di tawau bah...nanti biniku tengok... dia curiga tu....

Dr. Badrulamin Bahron said...

Eh... macamana ya? jam d komputer saya ni betul bah! nanti saya tanya pada yang arif... Along bank negara? bagus jugak tu...

Untuk Daeng Metteru, terima kasih atas cerita kaluku itu... I`allah kita akan lebih hati2 dalam perjuangan ini... Jangan sampai ditimpa buah kaluku atau batangnya sudah...

Dr. Badrulamin Bahron said...

A'lillah... betul sudah jamnya... rupa2nya tidak diset jam GMT nya... Terimakasih sdr mappa...

Anonymous said...

fuah-fuah.....
nengka gello curita pok....
jaji aga si d tajeng pammulailah aga si ferancangan nomboro 2 na....
1.eloo c kah..c runtuk...anak2 ugik eh..
2. ato di pammulai..patteddek ee persatuang eh...or maga..

he..he... d test bah bahasa bugis..buta jg aku bah jarang-jarang masuk blog begini..tapi aku sunggu terkilan dan bersyukur ada jg insan yg di beri idea sebegini menghimpunkan c pa'ammurei pole ugik..yakko...

Ok lah...
sekiranya ADA SAUDARAKU BUGIS2 YG BERKESEMPATAN LEPPANG DI SANDAKAN JNG LUPA HUBUNGI DI TALIAN INI..0146797976 (SUNDUS)..IKHLAS POLE SAPPOK..BOLEH C RUNTUK...

**cadangan utk blog masukkan unsur-unsur adat istiadat, cerita-ceriti dari sul sel, pantun-pantun berkaitan bugis....maaf kerana komen..manalah tau kan...addampenga..puang..
wassalam...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Suku kaum bugis tidak perlu terlalu taksub dengan asal usul mereka dan budaya mereka. Apa yang perlu ialah orang orang Bugis Malaysia memperkasakan diri dengan ilmu agar lebih bersedia menjadi pendahulu dalam segala bidang.

Dalam konteks rakyat Malaysia, kita harus menerima masyarakat lain khususnya peribumi lain di Sabah adalah juga sama setaraf dengan suku kaum Bugis.

Salah satu sebab mengapa suku kaum lain tetap menganggap Bugis sebagai pendatang kerana takutkan "imej" orang bugis sebagai perampas.

Kita perlu lebih berasimilasi dengan budaya dan masyarakat lain di Sabah seterusnya larut didalam gelombang kehidupan rakyat Sabah tanpa meninggalkan nilai nilai murni suku Bugis.

Wasallam.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya rasa Dr.Bad-ron (Bardulamin Baharon) adalah orang yg paling tepat menghimpunkan anak anak bugis generasi ke 2 dan seterusnya di Sabah dalam usaha memperkasakan diri mereka dengan ilmu.

Wasallam.

mappalappang said...

Sappo,

Kejohanan Golf Ugi Sabah akan berlangsung di Sandakan Golf Club pada 07/06/2008, nah... semua bugis yang main golf akan cari kamu Sappo.... sediakan memang duit banyak-banyak... belanja kami makan ikan bakar di Pasar Sim-Sim.

kepada yang mau main Golf....boleh lah mendaftar dengan saudara Kita di 0193899367 - Mohlis @ 0168304003 - Rostam

kalau Dr ada kesempatan, dijemput
datang.....

Terima Kasih.

Dr. Badrulamin Bahron said...

Alhamdulillah... syukur... terimakasih atas segala komen. Insyaallah sdr sappok, akan diatur pertemuan dimasa2 mendatang. Terimakasih juga atas num HP nya... Moga ada yang sudi bersilaturrahmi dgn sdr sappok di sandakan... Kepada sdr orang manusi, yah... masih ramai lagi yang boleh memimpin, cuma kereka belum mau tampil...

Amat setuju dgn sdr 'anony...', kita jangan terlalu taksub dengan bangsa kita. Blog ini pun tidak sama sekali ingin menyuburkan semangat asabiyyah.

Perlu dikaji mengapa sebenarnya orang bugis masih dianggap 'pendatang' walaupun sudah berketurunan menduduki tanah ini... Apakah kerana kita kurang berasimilasi dengan 'orang sabah' (siapa orang sabah?'? Atau kerana "imej" kita yang dianggap perampas? Saya tidak fikir begitu...

Apa pendapat padaidik semua, jika saya katakan bahawa puncanya ialah kerana kita lupa siapa kita... Kita lupa bahawa kita (dulu) adalah bangsa yang gagah, berani, bijak dan berjiwa besar... Bukankah sejarah yang berkata begitu?

Kita (kini) tiba2 jadi bangsa yang lemah, penakut, diperbodoh dan berjiwa kecil... Takut memperkatakan kebenaran, takut menuntut hak kita yang benar, takut untuk memimpin secara yang benar...

Kita rela terus menjadi hamba dengan hidup mengabdi kepada pangkat dan kuasa 'orang lain'...

Yah... sekadar perkongsian... nantikan topik selepas ini... SIRI' dalam budaya Bugis... Salam...

Anonymous said...

Kasihan juga orang bugis di sabah. Kami di johor tidak pernah dianggap pendatang. Mungkin kerana Sultan juga orang Bugis (macam di Selangor)? Dulu Buku Sejarah kata orang Bugis itu Lanun tapi sekarang tidak lagi. Bugis dianggap wira yang berani melawan penjajah di lautan. Saya setuju dengan Dr.Badrul, orang Bugis mesti kenal diri dan ada jatidiri (siri' kalau tepat diguna disini?)

Anonymous said...

Yah... cerita di Johor atau mana-mana tempat di Semenanjung memang lain. Saya tabek dengan orang di Semenanjung. Bugis kah, jawakah, banjarkah... semua dikira melayu. Di Sabah ni kalau kita bilang kita melayu, ada pulak orang pertikai. Hingga ada yang agak "malu2" mengaku berketurunan bugis.

Apa yang perhatikan di Sabah adalah kedatangan orang Bugis di zaman sebelum merdeka (tahun 50'an, 60'an, 70'an) vs. yang baru datang kemaren2. Memang tidak dinafikan kedatangan itu tidak pernah putus. Sebab itu orang sentiasa melihat bugis sebagai pendatang walaupun sudah beberapa generasi di tanah Malaysia dan sudah jadi warganegara malaysia. Status bumiputera memang dinafikan 100%.

Jadi apa yang boleh dilakukan? Yah.. buktikan bahawa kita adalah rakyat malaysia yang berguna dan boleh menyumbang kepada pembangunan negara dan kita punya hak yang sama dengan orang lain di sini... Betul kah sappok?

Anonymous said...

Kepada padaidik yang berkongsi ruangan ini dicadangkan gunakan nama sebenarnya bah jadi senang kita berkomunikasi, nama si bugis masa tidak berani.
Kepada sdra yg mengatakan bugis pendatang hanyalah bg mereka yg tidak selesa dengan si bugis tapi pd mereka yg kenal sibugis tdk sedemikian. Malah boleh dijadikan bukan saja sahabat baik tp juga pasangan. Ini terbukti dgn ramainya yang mencari pasangan bugis.
Bercakap tentang bugis bukan bermakna membesarkan sibugis tetapi menyatukan pemikiran yang hilang arah disebab 1.tidak ada arah yg jelas 2.tidak ada pemimpin yg boleh dipercayai 3.org bugis sendiri tidak pasti harus bermula dari mana.
Pada sy yg kerdil ini biarlah kita terus bersuara samada besar atau tiada impaknya tetapi semangat jgn harus pudar kerana saya percaya akan tiba masanya sibugis tidak hanya berbangga dgn sejarah tetapi bersedia untuk mengorak langkah.
Menyedari hakikat bhw bugis masih dikatakan perampas di sabah tidaklah bermakna kita harus takut bersuara malah kita harus menunjukkan bhw kita tidak sedemikian malah kita boleh jd lebih baik dr sahabat yg dalam pelukan mereka sekarang sebab sibugis ternyata tidak suka bermuka-muka atau berbahasa yg tidak mampu di tafsir kata.
wallahu alam

Anonymous said...

salam,

saya berbangga menjadi anak bugis yang masih memiliki ciri-ciri bugis yang terkenal kuat beragama. namun amat menyedihkan bila ramai anak bugis sekarang yang sudah tidak memiliki ciri-ciri itu (melihat persekitaran di KK, sabah). Adakah kerana didikan orang tua kita yang dulu tidak sama dengan didikan orang tua sekarang. Orang tua dulu datang ke Sabah untuk mencari kehidupan dengan bekal agama yang kuat. Tetapi ada juga orang tua dari SULSEL yang merantau hanya untuk mencari harta - memang orang bugis kuat kerja dan ramai yang berjaya menjadi kaya tetapi terlupa untuk mendidik anak dengan ilmu agama... generasi itu berterusan hingga hari ini yang melahirkan "tau ogik dek gaga guna-guna na" yang mencemar bangsa...tapi alhamdulillah ada juga yang masih mengekalkan ciri bugis yang saya jelaskan lebih awal tadi.

andik paccucung said...

Memang pendorong utama kebanyakan Bugis (dan bangsa lain juga) berhijrah ialah untuk mencari rezeki yang lebih lumayan dari apa yang ada di tempat asal, sampai ke hari ini pun.. DAN dalam pada itu, sejarah telah membuktikan bahawa semasa di perantauan, bangsa Bugis kita telah menabur budi sepanjang jalan, menjadi pemangkin pembangunan tempat baru itu. Cuba berikan nama-nama tokoh Bugis di tempat kita. Saya mulakan dengan Ahmad Lenat di Tawau.. lagi.. lagi...

Anonymous said...

mappaleppang kurasa ku tauk kitak yako......!!jangam bah jadi buaja lagi...tapi kalo mau datang cilaok.. dkestauk dulu...jadi boleh kita jalan2 d sgc....he..he..
sappok (e..laga-lego)
wakakakaka

Anonymous said...

dalam kita berbicara..membangkitkan kisah2 ketuanan bugis dan jati diri..rasanya jangan bah...terlalu serius...pok...selitkan guarauan..nescaya akan lebih kemanisan dalam menempuh semua ini...

ku tauk...juga di dkala ini...sememangnya keruntuhan remaja ugi sudah semakin ketara....namun apa yang mampu kita buat adalah menyatukan golongan ini melalui pelbagai aktiviti yang mampu mendekatkan kepada golongan senior agar ada yang dinamakan mentor mentee....

jika diimbau sejak sedekat lalu berapakah sumbangan yg telah disumbangkan oleh persatuan yg bergelar pembela ugik...jadi moga2 terhasilnya blog ini ada lagi insan yg kreatif untuk menjana dan memacu perpaduan diantara ugik2...agar silaturrahim lebihterjalin.yang jauh dirapatkan, yang rapat dimesra2kan yang mesra biarlah sejiwa...dan sekepala...
he..he....(tidak kira dimana jua anda berada)

andik paccucung said...

betul la tu.. itu la saya cadangkan kita naikkan semangat kepunyaan (? sense of belonging) kita dengan melihat sekeliling dan sedari akan sumbangan ugi-ugi kepada pembangunan setempat... cuba tengok ni langgok... http://en.wikipedia.org/wiki/Bugis_of_Sabah

mappalappang said...

Maafkan saya, kerana kurang mahir dalam memperkatkan tentang ketuanan dan bangsa bugis,

walau bagaimanapun sekiranya kita ingin melihat kaum bugis tidak dipandang rendah oleh kaum lain di Sabah, Maka kita perlu bersatu, mungkin hasilnya kita tidak dapatlihat dalam masa terdekat tapi Insya Allah sekurang-kuranya ada sinar yang bakal menerangi nasib generasi kita yang akan datang.

Melihat senario sekarang... terutama selepas PRU12, saya pasti nasib kaum bugis akan berubah pada PRU13, kalau di semenanjung Budaya politik boleh berubah akibat ketidak puasan terhadap beberapa isu, tidak hairan sekiranya di Sabah akan turut berubah....

Perlu di sedari bahawa kaum bugis merupakan golongan yang termasuk hampir-hampir majoriti di sabah... namun kita hanya memiliki 1 orang wakil rakyat..(Sebatik, Tawau)

Apa yang kita perlukan iyalah kesatuan, sekiranya kita bersatu, nescaya kaum lain akan lebih menghormati kita.

Kita perlu ada pemimpin yang berwibawa yang perlu kita tonjolkan, bukan seorang tapi sekurang-kurangnya 3 orang dari kaum bugis yang sanggup untuk merubah persepsi kaum lain terhadap kaum bugis.

Kita tidak perlukan kemewahan atau habuan yang berbentuk material,(Sebab orang bugis kuat bekerja dan cekal dalam mengharungi rintangan) kita hanya perlukan pengiktirafan dan kesamarataan sebagai warga negara malaysia.

Kalau kerajaan yang memerintahn tidak mahu mengiktirah kebolehan, kepimpinan dan sumbangan kaum bugis, adalah tidak salah untuk meminta kepada pihak yang sanggup memberi....

Oleh itu, Ayuh saudaraku.... kita mulakan dengan semangat kesatuan untuk merubah persepsi kaum lain agar lebih menghormati kaum kita seterusnya mengiktiraf kita sebagai bangsa dan warga negara malaysia yang berdaulat... Insya Allah.

P/s: Sappo

Aku bukan buaya, aku mangkarung saja bah...... nanti kalau pangkatku sudah jadi pararang baru aku cari kau di SGC....

Anonymous said...

ya ba....kan di sini mustahil endak ada insan cendekiawan....ba...
wah marilah mengorak langkah kearah semuafakat..dan munkin mafakat tersebut membawa berkat...

iak anak ugi
aga diaseng sipattuaosipattokkong
komai pammulai...
namadeceng maneng uninna akelong...

P/s..mappaleppang
wah mari bah aku ni tunggu kehadiran saudara2 dr jauh.
**sekilas ikan di air 9+9=70 jak bukankah itu pararang...loppo(buaja..he..he...)
macculekkak sappok

Anonymous said...

salam,

saya nak bercerita kisah dulu-dulu. sebenarnya cerita ini saya dengar masa kecik-kecik dulu yang disampaikan oleh pakcik/om saya. orang Luwuk kalau uncle dipanggil OM. Mungkin ada juga yang sudah pernah mendengar "dongeng" ini.

Saya tak pasti apakah cerita ni dongeng atau betul....tak sempat nak investigae. kisahnya adalah bagaimana sulawesi boleh ditawan Belanda.

Ketika ada perkabaran bahawa Belanda akan menyerang tanah Bugis, maka dikumpulkanlah sebanyak mungkin "pulut hitam" dari seluruh tanah bugis.

Di hadapan laut ( mungkin di pantai Losari, Makasar ), seorang bomoh membaca mentera untuk menukarkan semua pulut hitam tadi untuk menjadi lebah (killer bee agaknya)..... tetapi malangnya apabila mentera selesai dibaca, pultu hitam tadi hanya bertukar menjadi semut hitam yang "makkalolok" saja dan tak dapat terbang kerana tiada sayap..... perkiraan asalnya jika jadi lebah, tentera Belanda akan kalah disengat oleh lebah tadi... maka itulah al-kisahnya bagaimana Belanda berjaya menawan Pantai Losari....

salam

andik paccucung said...

Wah.. Sandro-e tersalah mentera atau tak cukup syarat pengerasnya itu? Lucu juga dongeng sebegini boleh timbul berkenaan dengan kedatangan Belanda yang agak baru juga dalam skala sejarah..

Pengajarannya.. jangan hanya bergantung pada jampi serapah untuk menentang musuh. Persiapa fizikal dan mental harus utuh, gitu..

Terima kasih kerana berkongsi cerita.. :-)

Anonymous said...

dunno what to say, eventhou am not fluent in ugik language, but still can understand a lil bit... yet, am PROUD being ugik, i still can feel the spirit inside me.. semangat perjuangan, semangat persahabatan yang kuat, semangat untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, ketika membaca blog ini aku rasa terharu kerana masih ada yang concern tentang asal usul kita aku kerana ramai manusia sekarang sudah lupa bangsa kerana wang ringgit.. semangat bugis mesti di perjuangkan dan diteruskan
salamak salamak

daripada,
Puteri Bugis

Dr. Badrulamin Bahron said...

Hebat... memang semua pandangan dan idea apalagi semangat... cukup hebat! Kesaktian ungkapan "sipattuo sipattokkong" perlu disemarakkan lagi... Sudah lama kita kehilangan kata-kata hikmah yang boleh menguatkan jadidiri... Syabas!

Anonymous said...

tabe' dr..

tahniah dgn blognya...
mau jumpa dgn dr...kebetulan juga saya berkhidmat di kawasan dr...iaitu Parlimen Sabak Bernam...

cuma masa selalu tidak mengizinkan..

Dr. Badrulamin Bahron said...

Wah... kalau sudah sama2 di sabak bernam tapi tak jumpa sedih jugak rasanya... sms lah saya di 019-6814040. Insya Allah kita luangkan sedikit masa untuk minum kopi sambil makan pecal atau tempe... (mau cari burasa' tak ada...)

UntrainedSifu said...

Assalamualaikum.

Buat Boz ku Mr. Tadad, rasa-rasanya ramai yang tidak guna nama asal itu bukan kerana tidak berani tapi kerana ada sebab misalnya:
1. Ada yang sudah sign account seperti Google dengan menggunakan nama samaran/glamour, jadi bila post komen secara otomatis nama itu yang terpapar.... seperti aku lah.
2. Mungkin ini strategi juga, alah.. macam strategi Rasulullah pada peringkat awal penyebaran Islam di Kota Makkah, sembunyi-sembunyi dulu boz, nanti sudah tiba tanggal mainnya semuanya akan berani tampil bergaya.
3. Ada juga yang barangkali segan, terutama orang-orang kecil seperti saya, sokong tetap sokong tapi kena berhati-hati juga kan. Al-maklumlah alam ini penuh dengan manusia yang penuh dendam dan siap siaga untuk meneliti kesilapan orang lain lalu menerkamnya. Tidak pasal-pasal nanti kena gam. Itulah, saya memang respek pada pak Dr dan orang-orang seperti Pak Tadad, berani menghadapi resiko. Aku juga ingin menyertai keberanian kalian, dan menyahut saranan dan cabaran Pak Tadad agar menggunakan nama asal, justeru ku perkenalkan diriku seperti berikut:

Nama : Bahri B Hj. Lakile
Asal : lahir dan membesar di Mostyn, Kunak. Kini tinggal di Kota Damansara, Selangor (He..he.. kerajaan PR)
Indok/ambokku bugis Rappang.
Boleh la ba itu kan.

Anonymous said...

terima kasih dgn nomornya..

pecal=gado2..

Anonymous said...

Assalamu alaikum.
Wah madeceng ladde ni. Engkana pada-padakku maelo patoppo'i ana' ugi'e ri onroang matanrewe pappada tau laengnge.

Aja' tallupai leppang ri:
http://adatbugis.4rumer.com/
http://sipatuo.blogspot.com/

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih sdr sipatuo, sudah leppang di blog sipatuo dan adatbugis... Hebat! Teruskan usaha murni sdr. Saya menyokong walaupun belum kenal sdr... Saya juga mengajak semua padaidik untuk leppang cinampek di blog2 tsb...

Sdr Bahri, memang anak borane... Confirm... sebab... sudah jumpa... memang borane... tania makundrai...

Terimakasih... Salaamak.

Anonymous said...

saya kagum dengan pak Dr. mungkin ada sedikit usulan dari kami agar pak Dr. di malaysia dapat mempelopori berdiri himpunan Ilmiawan bugis di dunia mengingat sudah banyak pemikir dan Phd dan Professor dari Keturunan Bugis, tapi sebagian besar berkiprah di negara orang dan lupa dengan daerah asalnya. dari M. Amin Appa.MA.
Abu Dhabi
email. amappa97@yahoo.com
Phone 00971507814950

Anonymous said...

ASSALAMU ALAIKUM ... DAENG MACOA NI ... MOGA WADAH INI BERMANFAAT UNTUK SESIAPA SAJA YANG RAJIN MENAMBAH PENGETAHUAN & MAKLUMAT DULU...KINI & AKAN DATANG ....

SALAM MANIS ... HSB.

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih sdr Pak M.Amin... Memang ada usaha kearah itu namun setakat ini belum berhasil menemukan tapak yang teguh... Masih banyak halangan... InsyaAllah satu hari cita-cita itu akan tercapai juga. Salaamak.

Anonymous said...

salam...aga kareba Dr..bermakna sungguh blog nie..rasanya ramai lagi anak bugis patut tau kewujudan blog nie..saya tau pun secara kebetulan..terus terang la ya, saya nie kalo disuruh cakap ugi, lintang pukang jgk la..tapi boleh la faham..apa2pun, saya tetap berbangga saya adalah anak bugis..walaupun keadaan di sabah nie bugis adalah satu isu yang 'besar'..mo buat pasport pun susah..mo bukak akaun asb pun susah..matekak sedding..yang paling saya terasa masa saya interview keja..mo tau keja apa..??keja imigresen..naaa..di tanyanya saya bangsa apa..belum sempat pun saya tarik nafas panjang, soalan tu yang pertama saya terima..dia tanya saya kalo saya tau isu bugis di sabah.saya kata saya tau dan sedia maklum pasal isu tu. wallahualam, apa maksud tersirat dia tanya saya macm tu.
ok lah paleknya..harap2 blog nie terus maju n maju n maju..

~Hamiatie Abd Hamid~
~Kunah Sabah~

ceritaharisparagliding said...

salam perkenalan jugak
mario ki sedding ko si pulung2 ki mai'e..........
kepada sapok2 macoa ,malolo jemput jugak lawat blogku yang masih mentah di bugisglokal.blogspot.com

email:haris_yearone@yahoo.com.my
kampung paris mari.

seribugis said...

Salam,
Sappok-sappok jangan lah terlalu membanggakan bangsa Bugis, nanti takkabboro pulak. Mengge tak tentu pasal. Yang penting tingkatkan jatidiri. Kesadaran dalaman yang paling penting. Mari kita bersaing tanpa perlunya ada identiti yang terlalu dianggungkan. Bila kita tak mampu bersaing pulak kita merasa tertindas.. Tak baik kalo kita merasa tertindas kerana kita telah lari dari konsep syukur.. Syukur di bumi bertuah ini.. Kalaupun ada sedikit pergeseran dalam mengimpikan sesuatu bersabar lah.. Kalau masih tak dapat bersabar lagi.. Soal kedaerahan di Sulsel itu memang ujud.. tapi betul kata ustaz kita tak boleh lepas dari akar bermulanya kita sebagai suatu bangsa.. Namun kita tetap satu pada adat istiadat. Adat itu harkat.. ADAT itu martabat.. Peliharalah Adat yang sudah ditetapkan, kerana tak terpisah adat dengan syariat agama. Sebenarnya untuk pengetahuan sappok-sappok sekalian cobalah ikuti perkembangan semasa kalau ke sulawesi jangan hanya balik makan angin saja. Hadirlah pada Majlis Harijadi Bone, Harijadi Soppeng dan Harijadi Enrekang yang setiap tahun dijalankan upacara "Maccera"(kerajaan? Bone, Enrekang, Atau Wajo) anda akan tahu bahwa "semua ketua adat" akan hadir mewakili mereka dari daerah tersebut. Anda akan mengetahui dan merasakan kesatuannya bahwa yang bergelar bangsa bugis itu hanya satu. Ketahui lah siapa pemegang toddoknya. Bermulalah dari sini agar penyatuan bugis diperantauan dapat direalisasikan.. Kita semakin pintar?? Berdebat-berdebat tak kesudahan tiada yang 100% benar dan tiada 100% salah. Seandainyya logika yang disandarkan Meskipun kebenaran yang dicari. Kembalikan kepada asalnya. Pemimpin itu bukan lahir dari pilihanraya atau dari gulungan sijil saja.. Anda adalah pemimpin yang unggul bagi tiap keluargamu. Pemimpin itu adalah amanah, tanggungjawab dan kuli rakyat so terserah anda mau pilih yang mana.. Kembalilah ke tempat asalmu.. Andainya anda pendidik jadilah pendidik yang terunggul, andainya anda seorang engineer jadilah yang terbaik.. Andainya anda seorang pelajar jadilah yang terbaik terunggul pada masamu.. Saya cuma kuli masyarakat.. Syukur yang tak terhingga... Masa depan.. Terserah Allah SWT. Namun Allah tak akan mengecewakan hambaNya.. Wassalam..

Unknown said...

Bagi aku sebagai bajau ubian....Bugis ini umpama bangsa BODOH penakut, PENGECUT & pemalas sepertilah bangsa Tidong (suang bagas begambus). 1 bangsa yg di pncung kepala oleh pahlawan dayak semasa zaman parameswara hindu tu. catatan sejarah memberitahu kita bugis adalah tator (toraja)...tapi malu nak mengaku sebab berlinan agama...beginikah satu bangsa yg boleh dibangakan. Kalau aku...sanggup lagi dilahirkan sebagai bangsa negro berbanding bugis yg sinonim dgn kebodohan & pengecut...Phuiii bugis...!!!

Anonymous said...

nak kena bajau ubian di atas ni...

Anonymous said...

Jgn hina bangsa orang, kerana dalam diam bangsa mu pun malu dengan sikap mu yang begini, terimalah kepelbagaian kaum. Kita belajar la dari diorang mana yang bagus. Jgn kita dengki muhasabah diri tgok kekurangan diri..sama kalau ko ajak orang begaduh kasi tgok profile mu. Letak no telfon ka huhu. Apapun moga anak cucu cicit kita jgn di simpan perasaan dengki dengan kelebihan yang diberikan pada bangsa lain..tapi kita belajar la kenapa bangsa lain boleh berjaya mcm mana sikap diorang bila berusaha mcm mana kuat persatuan diorang..ok la macm mau PKP balik sjak ni ku tgok��