Thursday, April 24, 2008

Semangat setiakawan (sekadar pengenalan)

Bugis (satu ketika dulu...) dianggap bangsa yang memiliki semangat setiakawan yang amat tinggi. Terkadang ia disalah anggap sebagai semangat perkauman atau faham `asabiyyah'. Ia sanggup membela saudaranya dengan apa cara sekalipun nyawanya tergadai. Ia tidak akan mengecewakan apalagi mengkhianati sahabat atau saudaranya.

Ada pepatah bugis (saya tidak ingat matannya dalam bahasa bugis, jika ada sesiapa yang tahu, sila kongsi...) yang membawa maksud "sekali aku menjadi penumpang sebuah kapal, aku akan tetap menjadi penumpangnya walaupun hanya berpaut pada sekeping papan..."

Maknanya walau sebesar mana badai menimpa, walau pecah kapal itu dipukul gelombang, dia tetap setia tidak akan lari meninggalkan kapal tersebut... Indahnya...

Nikmati lagu ini... "Tana Ogi Wanuakku" http://www.youtube.com/watch?v=Ydc3V3hako4&feature=related

19 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz...ha..ha..tak sangka betul muqaddimah dan headernya mengingatkan asal-usul penulisnya kpd bumi tawau tanah kelahiranyya.. bagus, bagus ustaz teruskan ngeblog... peco' ladang

Anonymous said...

madeceng ustaz... ustas aga kareba ?

Dr. Badrulamin Bahron said...

Alhamdulillah saya sihat. Sdr2 "anonymous" semua apa kbar? Dari mana? Apapun, terimakasih... Yah... mana boleh lupa asal usul kita...

Anonymous said...

Salaam,

Tuan sudah hebat ditempat orang, mungkin masa sudah sampai untuk tuan kembali ke Tawau dan menyemai bakti kepada anak anak bangsa disini.

Dr. Badrulamin Bahron said...

Memang kata orang 'setinggi2 bangau terbang akhirnya hinggap atas belakang kerbau juga...' Saya sudah cuba kembali tapi padaidik sendiri yang belum mau terima... (malah ada yang menuduh saya pengkhianat Bugis...) Yah... Itu kisah silam di Silam... Mungkin belum masanya... Nabi juga terpaksa meninggalkan kampung halamannya kerana ditolak oleh kaumnya sendiri... Insya Allah saya akan kembali... Terimakasih.

ganizelika said...

Assalamu alaikum Ustz, tahniah sbb dapat wujudkan blog ini. Nah! sapo-sapo yang lain apa lagi mari kita gunakan wadah ini utk memperkukuh silaturahim dan memperkaya budaya ilmu. Bukankah org Bugis tu pencinta ilmu dan kebenaran.

Ustz sekarang ni agak ramairemaja bugis di Twu dah terpengaruh dengan gejala syabu. Nampaknya dorang dah banyak terpengaruh dan lupa jati diri bahawa org bugis harus menjadi contoh yang baik kepada masyarakat setempat terutama dalam pendidikan, perniagaan dan bermasyarakat. Kita harus sama -sama mengasak gejala yang negatif ini dengan program bersepadu. Baik diatur program bersama ibu bapa dan sedarkan dorang tentang peri pentingnya nilai keibubapaan yang positif

andik paccucung said...

Memang sedih dengar remaja Bugis kita terjebat dalam kancah syabu.. Sememangnya tanpa asas agama yang kukuh disemai oleh ibubapa dan sekolah di peringkat awal, pada peringkat remaja, anak-anak akan begitu mudah terjebak dalam gejala busuk yang berselaput haruman palsu itu.

Bercakap pula tentang peniaga Bugis di perantauan, saya terlihat satu warung yang bernama lebih-kurang 'Restoran Bugis Tawau' di Puchong, Selangor. Syabas! Malangnya masa tu saya tak sempat singgah mengucap salam dan makan burasa...

Dengar-dengarnya ada satu lagi restoran Bugis asli akan dibuka dalam sehari dua ni di Pandamaran, Klang yang menjual pelbagai sup, francais Haji Majid (Sabindo, Tawau) dengarnya.. Wajib dikunjungi tuh! yummy yummy...

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Ramai orang orang bugis menjadi obsesi untuk menambah kekayaan dengan banyaknya peluang di Sabah (kelapa sawit, berniaga dsb)sehingga melupakan pendidikan anak anak mereka. Anak anak disogok dengan wang kononnya supaya mereka tidak ada alasan untuk tidak sekolah. Malahan ada yang memberhentikan anak anak mereka dari sekolah kerana sudah yakin dengan kelapa sawit dan 'bisnis' mereka.

Pelajar pelajar dari suku kaum bugis masa ini tidak lagi sama seperti pelajar bugis tahun 70an dan 80an.

Ibu bapa harus sedar.

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih sdr gani, terimakasih Dr. Hada... Terimakasih pada semua yang beri pandangan... Saya hargai!

Apa pandangan padaidik semua jika saya katakan bahawa -

"Memang ujud perancangan jahat dikalangan tertentu untuk menghancurkan masyarakat Bugis dengan merosakkan remaja kita?"

Siapa di sebalik perniagaan syabu? Apakah pihak berwajib tidak tahu?
Apakah yang dilakukan oleh pemimpi2(umarak) kita untuk menangani masalah sosial ini? Mana Ulamak? Apa pula peranan Masjid dan Institusi Agama dalam hal ini?

Nabi s.a.w. telah bersabda maksudnya "Dua golongan... jika baik, maka baiklah umat. jika rosak, maka rosaklah umat... Ulamak dan Umarak..."

Tolong sama fikir-fikirkan ya...

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wrt wbt ustaz. Aga kareba?. Tahniah atas pembukaan blognya yang sungguh bermakna. Ustaz, saya terpanggil untuk memaklumkan tentang keadaan persatuan yang mewakili masyarakat Bugis Sabah iaitu Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS). Saya merasakan PKBS semakin lesu dan tidak bermaya lebih-lebih lagi ketika di asak dengan persoalan pengiktirafan anak-anak Bugis sebagai bumiputra Sabah. Sehingga kini rasanya kita masih dilabelkan sebagai 'pendatang' sedangkan ramai anak-anak Bugis yang telah berjaya dan memegang jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan. Mungkin ada yang tidak tahu, cawangan-cawangan PKBS termasuklah PKBS Pusat sudah lama tidak mengadakan mesyuarat cawangan atau mesyuarat agung (AGM) dan ada kemungkinan pendaftarannya dengan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) juga seperti "telur di hujung tanduk". Ini membuat saya kadang-kadang terfikir apakah matlamat PKBS yang sebenarnya? adakah ia hanya untuk dipergunakan oleh golongan tertentu sahaja? atau adakah ia hanya sekadar batu loncatan untuk kepentingan politik dan akan dihidupkan hanya apabila ada situasi mendesak seperti pilihanraya umum? Bukankah ia ditubuhkan untuk kebajikan masyarakat Bugis? Adakah PKBS benar-benar telah berjaya menjaga kebajikan "padaidik"? Entahlah... apapun kenyataannya adalah, PKBS seperti "hidup segan mati tak mahu" dan sesuatu perlu dilakukan untuk tidak membiarkan platform masyarakat Bugis ini dari terus tenggelam dan lenyap secara diam-diam di telan zaman.

Dr. Badrulamin Bahron said...

Tentang PKBS, saya pun kurang ikuti perkembangannya selain masa saya calon pilihanraya ke10 di silam dulu... Untuk kali pertama dalam sejarah politik Malaysia, tulisan bugis terpampang dalam poster dan kempen2 pilihanraya... Sayangnya, calon padaidik ditolak oleh padaidik sendiri...

Saya harap ada ssesiapa yang sudi kongsi apa sebenarnya agenda PKBS itu...

Anonymous said...

Saya bangga dengan ustadz. Sebagai bugis, saya ingin melihat ustadz berada dalam parlimen untuk membela nasib bugis. Moga ustadz terus maju dalam kerjaya politik yang amat mencabar ini. Terimakasih.

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih... sebenarnya kalau ingin berbakti, tidak perlu ke parlimen, bukan? Parlimen hanya satu dari sekian banyak cara untuk berjuang. Yang penting, kita terus berjuang... Samada dalam atau luar parlimen. Marilah bersama dalam perjuangan ini...

Anonymous said...

Apa kata sdr padaidik semua kalau kita buat kempen kawin sesama bugis untuk kesinambungan bangsa dan bahasa?

Anonymous said...

assalamualaikum...
Pertama kali dibaca blognya buat saya terharu kerana wujud satu platform untuk anak2 ugik berbicara lantang. Namun bangsa bugis masih dilabelkan sebagai tali barut penjajah(imbau balik sejarah lama pendudukan belanda di sulawesi). Tapi itu cerita lama, marilah kita lakar sejarah baru hari ini untuk generasi depan hayati.

seribugis said...

Assalamualaikum Ustaz... semangat setiakawan akan ada pada Jati diri yang unggul.. Nilai-nilai jati diri individu bugis harus diperkarsakan.. supaya tak goyah dan kukuh pada pendirian.. Pepatah bugis: Rusa' taro arung, tenrusa taro ade', rusa' taro ade', tenrusa'taro anang, rusa'taro anang, tenrusa taro totebbe'e. Artinya: batal ketetapan raja, oleh ketetapan adat, batal ketetapan adat, oleh ketetapan anang, batal ketetapan anang, oleh ketetapan rakyat... Adat itu harkat.. Adat itu martabat.. Salam

seribugis said...

Salam...
Ustaz.. seperkara yang dipesankan orangtua saya; Makkedai Nabitta Muhammad SAW(bermaksud)"Iyarittu linoe' allirina, eppa'i uwangenna. Sewuwani arung melemppue'e, Madduanna panrita bokoringngi lino, battuanna pakkassiwiyanna Manri Allah Ta'ala napogau, Matelluna to sugi'e na malabo, Maeppa'na Pakkere'ena sabbarra'... Salam..

seribugis said...

Salam,,
Ustaz nak komen pasal pepatah bugis yang disebutkan. Menurut pengalaman saya tak da pula orang tua saya berkata demikian sebaliknya nasihat mereka mengatakan : "Ajjak mu elok maccuari loppinna tau'e mo ma buruk loppi'e mu olla mato'ie nasabak mu assseng magello loppie na tau'e naaiyya mu itta'mupake mata baru'e." Nai iya ri asseng tonggeng dekna di ita pole mata baru'e." Manekka lo di ballu nene ta na di alla nenena tau laing nge... Atowa macue'macue ki bawang... ??? Begitu lah lebih kurang. Maksudnya yang lebih mendalam insyaallah akan diuraikan. "SELAMAT HARI HARA RAYA MAAF ZAHIR DAN BATHIN". SALAM..

Anonymous said...

PERAKANG AND BURASA SAID...
Assalamualaikum ustaz...
Aga Kareba,saya memang merupakan generasi baru dalam perjuangan bugis tapi saya tetap bangga menjadi anak bugis meskipun kadangkala kita menerima kecaman daripada masyarakat.
Ada beberapa perkara yang perlu kita fahami tentang suku kaum bugis.
1. sesungguh bugis merupakan masyarakat yang mempunyai tamadun yang tinggi seperti Tamadun rome dan indus serta tamdun awal yang lain. kerana ketamadunan bangsa selalu dilihat daripada tulisan sendiri dan bahasa sendiri serta hirarki masyarakatnya. dan kita mempunyai kesemua itu.( Rujuk kemunculan dan tanda-tanda tamadun dunia )
2. Sikap masyarakat bugis yang mempunyai nilai kerja yang tinggi dan mempunyai kerajinan. Hal ini dibuktikan oleh kemampuan anak-anak bangsa kita mengisi ruang-ruang universiti di Malaysia.
Saya sangat berharap ruangan ini dapat di sertai oleh golongan profesional malaysia.