Thursday, May 15, 2008

Hijrah & Perubahan.

Alhamdulillah... Kelmaren saya pulang dari Kuwait menghadiri persidangan 1 hari anjuran International Islamic Charitable Organization. Banyak isu yang dibincangkan mengenai nasib dan masa depan umat Islam di dunia. Wakil-wakil Pertubuhan Kebajikan Islam hadir mewakili hampir seluruh dunia Islam dan bukan Islam termasuk dari Amerika, Eropah, Afrika dan Asia. Saya pergi mewakili 5 Kerajaan Pakatan Rakyat di Semenanjung.

Yang menariknya ialah bila saya bersembang dengan wakil dari Filipina, seorang professor di Universiti Marawi, dia akui bahawa antara peneroka awal Islam di Filipina ialah pelayar dan pedagang Bugis. Rupa-rupanya "tau riolo" kita bukan hanya menjelajah di sekitar wilayah Borneo malah juga melintasi lautan sulu untuk pergi ke wilayah yang lebih utara seawal tahun 1700an atau awal 1800an...

Memang tidak dinafikan bahawa Bugis adalah pelayar yang hebat, namun bukan ilmu pelayaran itu yang ingin kita bicarakan tapi konsep "hijrah" yang mendorong orang Bugis untuk mengembara. Saya mulakan dengan orang tua saya yang masuk ke Sabah di zaman British. Mereka sanggup berperahu layar meredah lautan semata-mata kerana inginkan perubahan. Nasib keluarga perlu diubah... Anak-anak perlu disekolahkan...

Islam juga melihat hijrah sebagai asas untuk perubahan. Sya'ir Imam Syafi'e bermaksud "Emas di perut bumi tidak akan bersinar... Gaharu di hutan tidak akan berharga... Singa dalam gua tidak akan makan... Anak panah di busur tidak akan mengena sasaran..." Emas perlu keluar dari perut bumi, gaharu perlu meninggalkan hutan, singa perlua keluar cari mangsa dan anak panah perlu berpusah dengan busurnya...

Bagaimanapun, hijrah sikap dan minda itu yang lebih utama. Selagi minda dan sikap tidak diubah, maka selagi itulah kita tidak akan mencapai matlamat perubahan yang diidamkan... Sebagai orang Islam, pembentukan sikap dan minda kita tentu tidak boleh lari dari ajaran agama. Persoalannya - bagaimanakah Islam boleh dihayati dalam keadaaan agama yang semakin terasing dari kehidupan kita? Sabda Nabi s.a.w. bermaksud "Islam bermula sebagai suatu yang asing, dan Islam akan kembali asing... Maka berbahagialah orang-orang asing (kerana mempertahankan Islam yang asing itu)..."

Saya lontarkan tajuk ini untuk perbincangan padaidik semua... Salaaaamak!

20 comments:

Anonymous said...

Salam,

Tentang sejarah masyarakat Bugis di Filipina memang ada kebenarannya. saya dulu pernah terbaca al-kisah tentang pelayaran orang terpenting masyarakat bugis (maaf saya lupa namanya) ke negara cina untuk berdangan dan meminang puteri cina (juga saya tak ingat namanya). Semasa perjalanan pulang ke Sulawesi, mereka telah dilanda ribut taufan dan terpaksa singgah di Filipina. Di sana beberapa krew-krew pelayaran ditinggalkan di situ. Dan kalau di Sabah kita ada masyarakat "solok"...mungkin juga nama itu berasal dari bahasa Bugis...wai masolok (air yang mengalir = ribut tadi)... maaf ini cuma andaian saya... tapi tidak mustahil jugak kerana ada di kalangan mereka ini yang mengakui bahawa nenek moyang mereka berasal dari Bugis...dan juga lagi gelaran "datu" tu kalau di kalangan orang bugis, datu bermaksud raja....dan juga orang solok adalah pelaut, sama dengan orang bugis,... lagi kita lihat pada bentuk perahu kecil mereka.. ada kesamaan dengan perahu kecil orang Bugis (bukan perahu pinis)yang ada "something like wings on both side of the small boat". Perkataan LEPA-LEPA juga sama maksudnya dengan Bahasa Bugis = perahu kecil (ada juga sebut Lopi).

Salam

Anonymous said...

Salam,

Sekaran saya ingat nama nenek moyang orang bugis tu; SAWERI GADING ... seronok baca tentang pelayarannya... dari sulawesi ke cina. Dalam perjalanantu beliau telah singgah di beberapa tempat seperti "Pulau Bangka" di Indonesia dan banyak lagi...

He..he.. saya memang suka dengar cerita-cerita orang dulu-dulu.

Anonymous said...

http://pinisi.blogspot.com/

Anonymous said...

http://azharhassan.com/

salasilah kesultanan sulu...ada disebut puteri bugis dari soppeng, sulawesi

Anonymous said...

salam,

Thanx ya... saya dah visit pinis.blogspot. banyak info tentang tau ogik.

Dulu-dulu Mummy saya (kami memanggil indok dgn gelan ini, tak taulah why...ini semua pengaruh Belanda) selalu cerita tentang Bugis yang merantau... termasuk ke Madagaskar... menurut mummy, Madagaskar atau Malgasy tu dari perkataan Bugis "mala gasing" ( ambil gasing ???) dan ibu negaranya Antananarivo tu " tana na ri voji" ( tanah yang disukai)....

sebenarnya saya kecil-kecil selalu dengar cerita tentang orang Bugis... saya nak kongsi dgn. semua tapi tak dapat nak recall balik ... sayangnya ayah saya sudah tiada untuk dijadikan bahan rujukan.


salamak

Anonymous said...

amure...

mcm mana pulak dengan perkataan tausug?adakah berkaitan dgn perkatan perkataan ugi...bugis pun di panggil to ugie...ada persamaan ka?

Anonymous said...

Salaam,

Rakan saya di Merotai Besar (non-Bugis)ada bertanya kepada saya "kenapa orang Bugis menggelar kami Orang Kampung (Pakkampong)" adakah ini bermakna orang Bugis masih menganggap orang orang dari suku kami kurang maju berbanding suku kaum Bugis di Tawau?"

Saya tak dapat jawab dgn tepat cuma beri alasan saya kurang mahir dengan istilah bangsa Bugis.

Harap saudara saudara tolong sediakan jawapan untuk saya jelaskan kepada rakan saya itu.

Anonymous said...

Salam,

Maafkan saya ... saya tak pasti dan tak tau pasal TAUSUG?

Pemahaman saya pula tentang "Tau Pakkampong" tu bukan merujuk orang "kampungan" tetapi lebih kepada orang "asal sesebuah tempat"...

Sebab dlm keluarga saya, kalau kita sebut tau pakkampong tu.. merujuk orang asli atau asal di Sabah or Tawau.

Salamak..

UntrainedSifu said...

Salam,

Ya... ya... pemahaman saya juga sedemikian, sama seperti amurae. Barangkali Anonymous boleh katakan kepada mereka bahawa ungkapan itu bukan bermaksud penghinaan sebaliknya 'pengiktirafan' bahawa mereka adalah penduduk asal sesuatu kawasan tersebut.

Hijrah dan perubahan... aku adalah antara orang yang berhijrah dan ingin kongsi sikit bagaimana kekeramatan hijrah yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW turut memberi perubahan dalam hidup aku. Tahun 2000 aku tinggalkan kampung halaman setelah terumbang-ambing di kampong (Sabah) dan arah tuju yang pertama adalah ke Singapura, di sana masih tidak mampu untuk bangkit, mungkin suasana dan persekitaran tidak sesuai dengan anak ugi'. Seperti kata seorang saudara saya, sejarah ugi' di Singapura memang tidak begitu memberangsangkan.

Lalu aku hijrah ke KL, masa tu duit dalam poket tipis yang amat hampir nol, memang perit, masa itulah terasa betapa kerdilnya diri di hadapan Tuhan, dengan wang RM12 di dalam poket dan berada di tengah kota kosmopolitan berseorangan. Adik-beradik yang lain bukan tidak mahu membantu tetapi sengaja tidak mahu menghubungi mereka (merekapun bukan cikak dan ada juga kedudukan sedikit) tapi saja, konon mau berdikari.... ha ambik kau.

Tapi yang anehnya, masa itu tidak ada kebimbangan langsung, semua perkara seperti soal makan dan tempat tinggal tidak sedikitpun membuat aku gelisah. Ini kerana fikiran saya senantiasa berkata ada satu tempat untuk menyelesaikan semua itu, iaitulah : MASJID. Aneh kan, selama beberapa tahun kebelakangan sebelum itu aku memang jarang mengingati masjid, tapi bila sudah kesasar tiada tempat lain yang diingat selain rumah Allah. Dipendekkan cerita dalam berjalan menuju rumah Allah itulah aku terlihat satu iklan kerja di tembok bangunan yang akhirnya aku berjaya memperolehi pekerjaan itu.

Hari berlalu, setelah lapan tahun kehidupan akupun sudah banyak berubah, SYUKUR. Perubahan dari segi ekonomi, sosial dan yang paling penting masjid yang dulunya selalu kulupakan telah ku kenali semula. Saya kira itulah penemuan semula yang paling berharga dan tidak ternilai. Bermula dengan sebuah basikal, bertukar ke motorsikal buruk kini sudah mampu bawa keluarga bersiar-siar dengan sebuah mobil meskipun bukan Merc. (bukan nak beritahu saya sudah ada kereta tapi nak tunjuk bagaimana hijrah yang dianjurkan Rasulullah mampu membawa perubahan positif) ALHAMDULILLAH.

Saya katakan aneh dan menakjubkan, itu baru ingat rumahNya, bayangkan kalau benar-benar mengingati dan berserah kepadaNya. (hanya selepas beberapa tahun barulah saya terfikir dan sedar wujudnya keanehan dalam kesah saya itu, ah... betapa pemurahnya Dia)
Dan saya teringat kata-kata saya sebelum berlepas ke Singapura kepada adik-beradik dan seorang sahabat yang tidak begitu gembira dengan rancangan saya untuk meninggalkan kampung halaman, lebih kurang bunyinya, "Saya perlu berhijrah, Nabi SAW sendiri menganjurkan ummatnya agar berhijrah jika kehidupannya di sesuatu tempat itu tidak tenteram", (meskipun masa itu aku sedikit jauh dari mengingatiNya, tapi dek didikan orang tua dan guru-guru kefahaman agama masih ada, menyebabkan kata-kata itu keluar dari mulutku). Mungkinkah kata-kata itu sebenarnya 'nawaitu' yang menggerakkan perjalananku dan merobah kehidupan ku kepada yang lebih baik.Subhanallah. Wallahualam.

SALMAK MAN-NEN-NU-NGENG

Bahri Hj Lakile

andik sipatokkong said...

Salam ukhuwah para Ugik yang dihormati. Saya pertama kali masuk blog ustaz ni. Sememangnya saya juga berhijrah jauh dari kampung halaman, kini bertempat di Bangi dan Klang. Semoga mendapat keberkatan hijrahnya Rasulullah s.a.w.

Saya amat percaya bahawa hijrah yang dimulai dengan niat yang ikhlas akan membawa perubahan yang diberkati Allah.

^aNgRiAni^ said...

Salam kenal...best laaa blog ne...banya info tentang suku Bugis...saya pun bangsa bugis...ibu pinrang dan arwah bapa bone+palopo+makassar tapi arwah bapa membesar di bulukumba...saya bangga menjadi anak ugi dan tidak pernah malu untuk mengaku sebagai anak ugi...

UntrainedSifu said...

Pak Dr and cappo yang lain, dari apa yang kudengar dan selidiki, angriani itu anurenya Prof. Mattulada yang banyak nulis berkenaan orang Bugis, ayahnya dgn prof Mattulada adik-beradik, betul tak angreani?

gopenghagen said...

Salam

Daeng, pengalaman saya duduk hampir 10 tahun berkelana dari selangor, KL dan kini di Perak membawa saya kepada satu konklusi, bahawa anak bugis itu umpama kata orang dulu-dulu " dicampak ke laut menjadi pulau, ke darat menjadi bukit"

di mana-mana saya terjumpa anak bugis, serasa ikatan sempogita terjalin secara tiba-tiba. tanpa perlu berbasa-basi bicara terus dimula. saya ketemu ramai anak bugis di KL, dari peguam, pegawai bank, peniaga, driver teksi sehinggalah penjual VCD haram di masjid India, semuanya adalah perantau tegar dan cekal.

Satu kelebihan orang bugis, adalah tidak segan untuk mempamer identiti bugis, orang luar yg kenal akan identiti ini, akan segera mengenali kebugisan orang tersebut tanpa perlu bertanya.

namun, satu yang cukup menyedihkan apabila melihat anak-anak bugis sudah semakin asing dengan Islam. Islamlah yang menjadi teras kepada pmbentukan manusia bugis, mana mungkin bugis menjadi bangsa gah kalau bukan Islam. mungkin harus kita melihat ini sebagai suatu cabaran baru yang berkehendak kepada hijrah yang total oleh anak-anak bugis untuk kembali ke agamanya.

Anonymous said...

saya selalu terjumpa satu bas kilang di federal highway...ada tertulis makaresso di cermin basnya....perkataan bugiskan?..

Anonymous said...

dengar cerita...ada juga padaidik yg jadi bodyguard tengku mahkota johor (TMJ)..

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih tidak terhingga pada semua yang sudi menyumbang pada blog ini... Maaf jutaan maaf... Seminggu tak sempat buka komputer. Saya kembali ke Tawau ziarah keluarga, Ayah pula sakit masih dalam wad sejak 5 hari lalu. Ayah menjalani pembedahan kerana berlaku pendarahan di kepala, Alhamdulillah, beliau kini beransur 'baik' dan masih dalam perhatian hospital. Tolong doakan Hj Bahron Hj Tahir agar sihat dan dapat berbakti semuala kepada masyarakat. Ayah adalah Imam di Masjid Al-Munawwarah Kg Jawa Tawau dan sebagai Pegawai Agama di Hospital Besar Tawau. Salaamak.

Anonymous said...

belom ada rezeki lagi...menjadikan naib canselor UMS datangnya dari cendekiawan bugis (Prof. Hj. Sanudin Tahir)...tapi tdk mengapa yang penting sabahan....

andik paccucung said...

Kalau Prof Sanudin yang naik jadi VC UMS, saya mungkin di kalangan orang pertama yang akan terloncat-loncat kegembiraan. Tak apa.. jadi TNCA pun sudah amat membanggakan.

Anonymous said...

SALAM.

KALAU MAHU ORANG OGIK MENJADI VC DI UMS, HARUS IKTIRAF DULU ORANG UGIK DI SABAH NI... SEPERTI MANA TAU OGIK DIIKTIRAF DI SEMENANJUNG. PERJUANGAN KE ARAH ITU TIDAK BOLEH DILAKUKAN SECARA LOCAL SAJA, IAITU DI PERINGKAT NEGERI SABAH TETAPI PERLUKAN PERJUANGAN DIPERINGKAT KEBANGSAAN. KITA PERLUKAN PENGIKTIRAFAN ITU DARI KERAJAAN MALAYSIA BUKAN DI STATE GOVERNMENT. KALAU SEMUA ORANG OGIK DITERIMA SEBAGAI BANGSA MELAYU SEPERTI DI SEMENANJUNG, RASANYA PELUANG UNTUK JADI VC ATAU CM TIDAK MUSTAHIL BOLEH DIKALANGAN ANAK OGIK.

SALAMAK

Dr. Badrulamin Bahron said...

Alhamdulillah... saya pulang KL semalam. Ayah sudah keluar hospital tapi masih sukar untuk berjalan. Teruskan doanya...

Tertarik soal pengiktirafan. Yah... Sebelum orang lain iktiraf kita, kita sendiri perlu mengiktiraf diri sendiri... Jangan sampai ada padaidik yang malu mengaku ogik apalagi sanggup menghina atau merendahkan bangsanya sendiri...

Salamak...