Monday, February 9, 2009

Siri`... sambungan.

Salam Padaidik...

Maaf jutaan maaf kerana lama mendiam. Terimakasih kepada teman2 yang terus menerus menghubungi melalui emel dan sms... Ramai juga yang bertanya tentang program kuliah saya dimerata tempat. Memang saya bercadang untuk masukkan jadual kuliah saya dalam drbadrulamin.blogspot.com. Sudi-sudilah mampir...

Sejak pilihanraya Mac tahun lalu, gelanggang dakwah semakin luas, tugas semakin banyak, amanah semakin besar. Yah... Hidup juga perlu diteruskan... Baiklah... Kita sambung bicara kita tentang Siri`...

Konsep siri` (masiri' - malu, menjaga maruah) punya makna lebih luas lagi dimana ia membawa erti 'jangan mau mengalah atau dikalahkan'... Sering dikaitkan dengan ungkapan to riolo kita antara lainnya:

"...aja mu melo nabetta taue makkalla ricappa'na letengnge..."

Maksudnya - Jangan sama sekali kau mahu didahului orang lain memijak kaki di hujung titian (jangan kau mau di dahului orang lain dalam soal pekerjaan atau mencari rezki) - maksudnya mestila kau rajin dan sentiasa mendahului orang lain. (Bukankah burung yang pertama datang dapat lebih cacing? Early birds get more worms...)

Ia juga membawa erti keberanian, kesabaran, ketabahan serta keupayaan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian atas tiap masalah yang menimpa...

"...naiya riasengage to warani maperengnge narekko moloio roppo-roppo ri laommu, rewe'ko paimeng sappa laleng molai..."

Maksudnya - Adapun yang disebut orang berani ialah yang kuat dan unggul bertahan. Jikalau engkau hadapi rintangan berat yang tak dapat kau lalui atau hadapi, kembalilah memikirkan jalan atau cara untuk mengatasinya..."

(Dipetik dan diubahsuai dari Kertas Projek Penyelidikan "Penglibatan Politik Suku Kaum Bugis Satu Kes Kajian di N.46 Merotai, Tawau" oleh Nordin Bula - Terima kasih sdr Nordin...)

Semoga bermanfaat...

Salam Siri`...

1 comment:

perakang_burasa said...

Salam dr... saya tertarik untuk bercerita tentang siri.... bagi saya siri merupakan elemen budaya bangsa yang perlu dipertahankan oleh masyarakat kita meskipun kadangkala kedengaran bangsa kita sudah mula hilang budaya siri seperti yang menjadi pegangan leluhur kita. Mari kita cuba renungkan semangat siri dalam ilmu pelayaran bugis ( APABILA LAYAR TELAH KUKEMBANGKAN, KEMUDIKU TELAH KU PASANG, PERAHU TELAH KUGERAKKAN, KU RELA TENGELAM DARIPADA BERUNDUR KE BELAKANG )
Semboyan pelayaran orang bugis ini mengambarkan bahawa mereka tidak akan kembali selagi tidak memperolehi hasil yang diinginkan. Mereka seolah-olah MALU kalu pulang dengan tangan kosong. Semangat orang bugis memang tidak boleh dipertikaikan dan saya melihat semangat ini timbul kerana adanya budaya MALU dalam diri kita. Saya juga seperti melihat ustaz berpegang teguh kepada semangat juang ini. Kalau demikian teruskan ustaz... kami ibarat kelasi kapal yang memerlukan juragan yang trampil agar kami tidak menjadi bangsa yang tersungkur. Marilah kita kembalikan nilai perjuangan bangsa kita agar tidak digelar sebagai pendatang asing khususnya dibumi Sabah tapi kita jadi bangsa bugis sebagai bangsa yang bermaruah dan bertamadun. Para intelektual bugis marilah kita bersatu hati kerana sekiranya bangsa kita bersatu dibawah PERISAI DAN PEDANG ILMU tentunya mereka yang menghina kita akan membisu, kerana tidak akan sama orang yang berilmu dan yang tidak berilmu. Salam perjuangan