Thursday, February 12, 2009

Bugis, Laut & Ikan.

Salam Padaidik!

Memang tidak dinafikan laut amat penting dalam kehidupan orang Bugis. Bugis adalah pelaut yang handal. Bugis adalah peniaga yang bergerak aktif dilautan membawa barang dagangan kemerata tempat. Bugis juga adalah pejuang yang berani meredah laut mengejar musuh (sehingga digelar "lanun" oleh sejarawan Barat). Bugis juga adalah nelayan pantai dan laut dalam yang cekap (tanpa menolak fakta bahawa ramai juga Bugis yang menjadi petani, peladang, peniaga darat, jurubina serta guru yang berjaya). Namun laut tetap sinonim dangan kehidupan Bugis.

Makanan utama orang Bugis adalah ikan. Ikan dimakan secara dimasak dan ada juga yang dimakan mentah. Tabiat permakanan ini membentuk budaya serta akal budi bangsa Bugis. Saya tidak akan membincangkan hal itu secara detail kecuali jika ada padaidik yang ingin menambahnya - silakan... Saya hanya ingin memfokuskan kepada isu ikan dan kecerdasan akal. Sedarkah padaidik sekalian bahawa rata-rata orang Bugis cerdas dan pintar? (bukan masuk bakul angkat sendiri - sekadar perbincangan). Ini adalah kerana leluhur kita adalah pemakan ikan - Pakandre bale... (kuat makan ikan). Pernahkah padaidik dengar nasihat toriolo kita "jangang makang kepala ikang nanti bodok..."? Percayakah padaidik pada nasihat itu? Atau kita hanya berkata "Awwededeh! dia yang mau makan kepala ikan... dilarangnya pulak kita..."

Cuba baca artikel Copy & Paste di ruang kiri halaman ini... Berjudul "Mengapa Yahudi Bijak?" Fahami betul-betul dan mari kita bincang semula... Selamat membaca dan ambillah pengajaran sebanyak yang boleh...

Salam Hormat.

12 comments:

Anonymous said...

teringat kalau ada botting... pasti ada bale bosong :)

Anonymous said...

wah..ikan memang sedap. Benarlah bahawa didikan makan ikan sedari kecil itu terbawa2 hingga ke tua. Sekarang sedang tugas o.station di kudat apa yang disurvey dulu? Pastinya ikan di kudat yang kabarnya harganya amat murah dan segar2 belaka. Petang kemarin mau menangis di pasar. Menangis kenapa..menangis pasal geram tengok ikan yang segar dan murah. Bayangkan ikan di KL yang rm15 sekg di sini baru rm3.50 sekg. kenapa tidak menangis..ikan kayu, ikan putih, ikan kembung, ikan merah dan macam2 lah termasuk sotong udang..memang bagus untuk otak dan kesihatan. Cumanya cara memasaknya kena la ikut resepi bugis juga kan..baru lah sihat. Ikan rebus daun kunyit ..ikan bakar..dan kurangkan goreng dan minyak.

Tapi teringat juga dulu orang yang lebih tua suka me'warning' budak2 jangan banyak makan ikan nanti bercacing. Eh..eh..

Jadi kepada pada idik yang berada di tempat ikan berharga mahal..sekali2 balik tawau atau datang ke kudat..boronglah ikan banyak2..packing dengan baik..sudah pasti anda akan tersenyum setiap hari di rumah kerana berasa puas menikmati lauk ikan yang sedap dan segar..

ok ya makasih

Dr. Badrulamin Bahron said...

Terimakasih pada padaidik yang menyumbang cerita yang menghiburkan... Petang tadi ingin juga makan ikan fresh, lantas pergi ke tasik konon nak mancing talapia... Dah lah kehujanan, seekor pun tak dapat...

Saya setuju, masak ikan kurangkan minyak dan santan... Ertinya kurangkan goreng-goreng dan masak lemak... Lebih baik jika di bakar atau stim. Paling baik jika di pindang... Lazat dan sihat...

Salam...

gani said...

Asalam Ustz. Maaf baru berkesempatan melayari blog. Terima kasih atas ucapan takziah. Untk pengetahuan Ustz ikan kerapu yg di pancing dkt sungai nyamuk hari tu masih ada dlm freezer tunggu ustz balik twu baru di stim.

Dr. Badrulamin Bahron said...

Seluruh warga padaidik turut simpati, bersedih dan mengucapkan takziah pada sdr Gani Tawau yang kehilangan ayah tercinta minggu lepas... Moga ruhnya selamat bahagia di sana...

Gani, ikan tu makan la dulu... nanti kita cari lain lagi... Lama sangat disimpan nanti ilang enaknya...

Salam.

Anonymous said...

ustaz badrul amin mengajak kita tidak cuma melihat keburukan org2 yahudi tapi melihat juga dari sudut yg baiknya..

jangan sampai kebencian menguasai diri dan menutup segala yang baik

- padaidi moo

Akhdan said...

ustaz badrul amin mengajak kita tidak cuma melihat keburukan org2 yahudi tapi melihat juga dari sudut yg baiknya..

jangan sampai kebencian menguasai diri dan menutup segala yang baik

- padaidi moo

p/s: maaf saya post balik komen saya dengan menggunakan akaun blog saya

Latarapik said...

Salam utz dan padaidik semua,
Teringat pula permainan sessik-sessik bale di tangan bersama ibu semasa kecil. Mula-mula ekor tawanya coki kemudian potongan demi potongan di tawa-tawa untuk semua isi keluarga. Akhir sekali situkang sessik (ibu) akan dapat telurnya. Dan kitapun mengeliat kegelian digeletek ketiak sambil ketawa bersama-sama.

MOTS: Bugis memang suka makan ikan dan menggambarkan betapa sedap dan berhasiatnya ikan itu sehingga semua orang harus memperolehinya dan rezeki itu hendaklah dikongsi. Sekaligus menanamkan ke minda sianak bahawa yang lebih kuat berusaha (si tukang sessik) akan dapat ganjaran yang lebih baik.

Memang unik di... budaya Bugis sehingga kepermainan bermanja-manja dengan anak pun terkandung barmacam pengajaran.

Iya ogie to.

Dr. Badrulamin Bahron said...

Tepat sekali sdr akhdan...

Sessik2 bale... nostalgia... anak kita skrg nyanyi lagu lain...

Terimakasih pada semua padaidik yang sering bersama dalam blog ini. Sumbangan sdr walau kecil amat bermakna...

Salaamak...

Anonymous said...

ikan...?xdinafikan mmg benar kata daeng...bapa saya bugis bone dr salokmekko,bone xkan makan klu xde ikan..
letaklah ayam..ikan dulu dicri...
tp de lg stu haiwan yang sinonim dgn org bugis...
ayam(manuk)sye xtaw lah..
sebab gelaran andik matalattak(arunna ugik ea) ayam jantannya sulawesi selatan....

perakang_burasa said...

Salam ustaz, bercerita tentang ikan memang tidak dapat dipisahkan dengan laut. Tetapi apabila kita bercerita tentang laut tentunya juga sukar untuk dipisahkan dengan two ugi. Kerana ketemadunan bangsa telah mengiktiraf bahawa orang-orang bugis merupakan orang yang mahir dalam bidang pelayaran. Namun satu segi pelayaran orang bugis selalu dikaitkan dengan perilaku yang tak baik iaitu "Lanun"tapi kita cuba perbaiki persepsi ini kerana pelayar bugis hari ini bukanlah lanun dengan bahasa yang negatif tetapi mereka kini menjadi lanun pada kehidupan laut.
Saya tertarik bahawa mungkin ikan itu datangnya daripada ( air ) maka kita juga harus merenung bahawa asal usul manusia juga daripada air. dan kita juga jarang mendengar bahawa makanan dari laut itu haram. jadi pemakanan yang bersih juga menjanjikan otak yang cergas.Tidak seperti kehidupan yang ada di darat.
Satu lagi kebesaran Allah dapat kita lihat bahawa pemakanan seperti kurma dan badam bukanlah keluaran utama negara tetapi kita dapat memakan ikan yang mana negeri kita bukan kawasan padang pasir. Begitu juga sebaliknya kawasan timur tengah mereka lebih mudah mendapatkan kurma dan badam berbanding ikan. Oleh itu inilah keadilan Allah.
Kalau yahudi menggunakan muzik kita orang bugis boleh menggunakan ayat al-quraan ketiaka anak berada di dalam perut isteri kita.
sepanjang pemerhatian saya Satu lagi yang menarik dikalangan bugis ialah kebanyakan pelajar sekolah yang pandai mengaji quraan itu datangnya di kalangan orang-orang bugis.
Bagi anak-anak nelayan jangan pernah merasa malu dengan pekerjaan orangtuamu kerana dengan pekerjaan itulah kita semua dapat merasakan nikmat ikan. Kalau mereka bermodal besar jadikanlah mereka nelayan modern seperti nelayan di newfoundland. Salam perjuangan bugis

Anonymous said...

saya asli bugis, dan saya seorang dokter..