Friday, June 13, 2008

Sipattuo Sipattokkong...

Salam Padaidik... Maaf jutaan maaf...

Dua minggu di Sabah terlalu sibuk dengan program di KK, Kota Belud, Tawau, Samporna, Lahad Datu... Ditambah pula dengan ayah yang menjalani pembedahan akibat pendarahan di kepala dan terpaksa berada di hospital Tawau selama 2 minggu itu... Alhamdulillah semuanya lancar dan kini ayah sedang berehat di rumah sambil ikut terapi di hospital 5x seminggu... Kagum dengan semangat ayah... Ketika akan dibawa masuk kedalam dewan bedah kami anak-anaknya cuba menenangkan perasaannya yang sebenarnya memang sentiasa tenang... Dan dengan tenang pula ayah berkata "Dek na wedding labuk esso e ki tengana bitara e..." (Tidak mungkin tiba malam selagi mentari di tengah langit). Dalam istilah melayunya "Pantang maut sebelum ajal..."

Kini disibukkan pula dengan gerakan-gerakan anti kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat (hari ini perarakan dari masjid Kg. Baru ke KLCC selepas solat Jumaat, ribuan yang hadir). Kenaikan harga minyak yang pastinya akan megakibatkan kesan berantai iaitu kenaikan harga semua barang tanpa kecuali... Tambah lagi dengan kesibukan menangkis serangan-serangan keatas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor oleh mereka yang berhati jahat yang ingin mengekalkan kejahatan dengan sokongan segelintir rakyat yang masih mau hidup dalam kejahatan...

Alhamdulillah 20 Jun ini Selangor manyambut 100 hari kerajaan baru Pakatan Rakyat. Perhimpunan raksaksa akan berlangsung di Stadium Shah Alam mulai Solat Maghrib berjamaah diikuti dengan doa selamat, solat Isyak dan sessi penerangan oleh Pimpinan Negeri... Saya menjemput semua tanpa kecuali untuk hadir beramai-ramai bersama saudara mara rakan dan taulan serta jiran tetangga dan kenalan...

Marilah hidupkan budaya bertolong-tolongan menegakkan kebaikan sesuai dengan ruh "sipattuo sipattokkong..." atau dalam bahasa al-Qurannya "wata`aa wanuu `alal birri wattaqwaa walaa ta`aa wanuu alal 'ithmi wal `udwaan..." (bertolonganlah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa dan jangan kamu bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan...)

Salaamak...

9 comments:

Anonymous said...

menceritakan konsep Sipatuo, Sipatokong dengan lebih mudah difahami...

http://matteru.multiply.com/journal/item/12/AMANAH_PUANG_ANDI_DJUANNA

gopenghagen said...

MUDAHAN-mudahan kita diberikan kekuatan untuk terus berjuang tanpa rasa letih ye ustaz.

saya percaya generasi muda sabah lebih terbuka untuk menerima perubahan malahan lebih terdedah kepada Islam.

Anonymous said...

Salam,

Saudara/i? gopenghagen,

Saya sangat sceptical untuk mempercayai bahawa generasi muda Sabah lebih terbuka untuk menerima perubahan malah kepada islam. Lihat saya sekelilng kita, terutama di KK, amat sedih melihat anak-anak yang lahir mewarisi agama nenek moyang iait Islam sudah tidak dapat dibezakan dengan yang bukan Islam.

Imej masyarakat islam amat jelek, yang kaki nombor, kaki judi, kaki botol, kaki syabu, kaki tipu, kaki pukul dan banyak lagi kaki-kaki adalah orang islam. Saya bukan hendak memburuk-burukkan Islam, tetapi itulah reality cerminan orang Islam di KK...

Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana suku bangsa...tetapi yang paling ketara adalah di antara suku Filipina muslim dan ada juga tau pakkampong yang islam( bajau dll) dan tidak kurang juga anak bugis sendiri.

Fenomena ini amat menggerunkan saya..impaknya sangat tinggi seperti "global warming" yang boleh menyebabkan bencana. Kerisauan saya itu sampai ke kemuncak apabila "terpaksa" memikirkan apa akan berlaku jika anak-anak saya besok-besok akan terperangkap dengan hubungan cinta dengan muda-mudi yang rosak dan tidak ada quality muslim sebenar. Perlukah kami lari meninggalkan masyarakat ini atau tunggu saja dan lihat.

Mana perginya MUIS, JAHEINS, JAKIM dll...apa kerja durang. Tidak seperti dulu-dulu... saya masih ingat ketika MUIS masih aktif menyerbu dan menangkap muslim-muslim yang hanyut...

Jika pendekatan "ambush" sudah tidak sesuai, tolong fikirkan kaedah yang mungkin lebih efisyen.

Harap parti alternatif dapat buat sesuatu. PKR patut tidak terlalu sibuk berpolitik,berbelanja untuk yang tidak-tidak dan terlalu cepat mahu memerintah...sebaliknya pelan-pelan tangani masalah yang sudah berdarah daging peninggalan pemerintah lama, dekati masyarakat, bantu mereka, kejutkan mereka.. Insya Allah bila rakyat sudah yakin, takkan lari gunung di kejar.

maaf jika ada yg. tersinggun

Salamak.

Dr. Badrulamin Bahron said...

Alhamdulillah... Terimakasih atas sumbangan semua. Tentang masa depan Islam dan masyarakat, memang ramai yang perihatin. Syukurlah. Cuma yang lebih penting ialah penglibatan semua (orang-orang yang perihatin itu) dalam menangani masalah yang ada sekarang. Wadah ada banyak tersedia dihadapan kita, pilihlah mana-mana yang sesuai. Yang kurang senang dengan pendekatan PKR sebagai Parti politik (yang dikatakan hanya memikirkan soal kuasa), boleh saja memilih ABIM atau NGO Islam yang lain. Atau paling tidak bergeraklah dalam jamaah surau dan masjid atau apa saja... Tetapi jika hanya sekadar bercakap tanpa melakukan sesuatu, maka cita-cita untuk melihat sebuah masyarakat yang baik hanya tinggal impian dan angan-angan... Oleh itu, marilah padaidik sekalian... Bersama kita bantu-membantu melakukan apa yang termampu... Salaamak.

Anonymous said...

tabe' dr..

baru2 ni tgk cd konspirasi ke-2 yg diadakan pada 1 Julai 2008..

masa laungan penutup...laungan reformasi..perasaan satu MT PR memakai songkok bugis...

dr ka?

Anonymous said...

salam Ust, Apa pandangan ust. tentang blog di bawah ni..

http://pemudasabah.blogspot.com/2008/04/bugis-pendatang-asing-penduduk-tetap.html

ceritaharisparagliding said...

assalamualikum...........
salam hormat bt dr badrolamin.
aga kareba daeng?
mudah2ang malampe sunge ta,masempo dallekta.
tang'gla 10.08 purae,siesso purana merdeka singapur laoka jokka2 okkro..dek tongeng usangka2 angka bandra iasangeng bugis junction..tappa kirrang2 sedding bulu2ku nataro mario.namo dekna pada bangsa lainge mariolo na idik lao malaya tapi nasanjung tanre ki taue okko singapur.tapi so sad to say that tau ogik'e okko singapur atau manyameng iasang'e tau malaju e lejak2 okko tau cina'e.

seribugis said...

Salam... Ustaz.. Tabee' mampir lagi di blog ustaz nak komen sikit. Pendapat pribadi yang mungkin boleh dikongsi bersama.. Saya sebenarnya terharu dengan ungkapan ayahanda Ustaz makkedai " Dek na wedding labuh esso'e ki tengan na bitara'e.. " (terjemahan lansung : Tidak mungkin malam selagi mentari di tengah langit?) atau dilanjutkan lagi Pantang maut Sebelum Ajal... Mesej ini pernah diucapkan oleh ayahandaku juga. Tapi ku maksudkan lain.. kuartikan "Tak mungkin malam mendahului siang". Keyakinan itu yang jadi fokusnya.. Bahwa putih tetap putih.. Yang hitam tetap hitam.. Tak boleh kabur-kabur.. Yang benar tetap benar.. Keyakinan diri terhadap ketentuan Illahi lah yang dimaksudkan barangkali.. ??? Mungkin ada pendapat dari sappok yang lain?? Ayahandaku seorang pakkala buah sawe dekna massikolla kasi.. tapi.. keyakinannya masya Allah hebat. Agung sekali..Tak tergoyang walaupun badai melanda.. Sompe'i mallopi'e bawang na lettu ko di Tawao.. Tapie saddanna manggiak-ngiak di dacualing eh lenttu makkokkoi'e.. Walaupun setinggi mana kita berada sejauh mana kita melangkah namun amanat orangtua jangan dilupa.. Pertahankan walau secebis nasihat.. Insyaalah sekelumit akan jadi seharkat.. seharkat bila dihayati akan membentuk jatidiri.. Tak lupa siapa kita sebenarnya.. Salam

ipung hadi said...

dukacita seorang lagi bugis yg lebih cenderung kpd cara fitnah menfinah spt anda yg bergelar ustaz. pertama, saya fikirkan web ini memang non-bias, nonpolitical utk mereka yg cendrung kpd perkara2 ugike. rupanya anda memasang 'meng' di hujungnya. keduanya, adakah benar-benar anda berkeyakinan kepentingan bangsa melayu/bugis dapat dipertahan dan dimajukan olih gagasan yang anda sokong itu yang diketahui pihak yg semata2 ingin kuasa politik tanpa menilai sesungguhnya di mana bangsa ini akan di bawa. penyokong kumpulan anda sanggup menggunakan apa sahaja termasuk agama/ aya alKuraan untuk alasan anda walaupun ayat yang di gunakan itu sebenarnya berkaitan samar-samar sahaja dgn alasan tersebut. macamlah anda tidak mengetahui/ dapat membaca apa yg akan terjadi jika puah anda yang perfahaman spt ini diberi peluang berkuasa memerintah. sama-sama kita taanggung kelunturan apa yang bangsa ini sudah capai dan potensi kemajuannya. kumpulan anda lebih memilih kpd mereka yg terpengaruh dengan alasan agama yang tidak tepat DAN puak yang telah mengisytiharkan penentangan kepada ajenda agama anda dan secara terselindung menghakiskan kepentingan/ martabat bangsa/ keturunan anda sendiri. anda masih ingin mempertahankan senjata sulit yg digunakan kerabat anda dlam pakatan anda? na'u dzubillah.