Wednesday, May 6, 2009

Mohon Sumbangan Bahan Perbincangan...

Salam padaidik semua...

Mohon maaf padaidik semua... Dek kerana kesibukan, sekali lagi blog ini agak terbantut. Saya terpaksa banyak beri tumpuan pada perbincangan isu-isu semasa dalam blog Http://drbadrulamin.blogspot.com - harap padaidik semua sudi-sudilah juga jenguk blog tersebut...

Dalam masa yang sama sekiranya ada padaidik yang memiliki bahan perbincangan menarik tentang Bugis (apa saja) yang boleh dimanfaatkan oleh padaidik semua... saya pohon ajukan ke emel saya drbadrul.hubb@yahoo.co.uk atau masukkan saja dalam komen di blog ini, nanti saya akan edit dan "post" kan...

Terimakasih banyak-banyak...

Salam hormat penuh kemaafan...

Wednesday, February 25, 2009

Kuntau Bugis.

Kuntau bugis terkenal dengan ketangkasan dan kekebalan. Pahlawan yang berani akan bertarung dgn lawannya dalam satu kain dengan masing2 berbekalkan badik (pisau Bugis). Menurut cerita ayah saya, ada yang berlawan hingga koyak rabak kain tetapi kedua2 pahlawan tersebut tidak cedera sedikitpun. Begitulah... beberapa kali diganti kain, kain koyak rabak namun mereka tetap tidak tercedra.

Hari ini kuntau lebih kepada permainan pertunjukan di kenduri2 kahwin. Bunganya yang indah, gerak gaya yang memikat mata pasti akan menyerikan lagi majlis persandingan. Di kalangan anak muda, kuntau sudah hampir dilupakan. Anak-anak muda lebih gemar bermain Karate Do atau Tae Kwan Do... itupun hanya dalam playstation... dalam games... Dan lebih ramai lagi yang suka Ti Do...

Apakah kuntau hanya akan jadi sejarah? Sama-sama kita renung, fikir... dan bertindaklah sewajarnya. Cadangan saya? Kita hidupkan kembali kelas-kelas kuntau dimana boleh. Kali terakhir saya mengikuti kelas kuntau dari ayah saya di Balai Raya Ranggu, Tawau lebih 30 tahun yang lalu...

Salaaaaaamak!

Thursday, February 12, 2009

Bugis, Laut & Ikan.

Salam Padaidik!

Memang tidak dinafikan laut amat penting dalam kehidupan orang Bugis. Bugis adalah pelaut yang handal. Bugis adalah peniaga yang bergerak aktif dilautan membawa barang dagangan kemerata tempat. Bugis juga adalah pejuang yang berani meredah laut mengejar musuh (sehingga digelar "lanun" oleh sejarawan Barat). Bugis juga adalah nelayan pantai dan laut dalam yang cekap (tanpa menolak fakta bahawa ramai juga Bugis yang menjadi petani, peladang, peniaga darat, jurubina serta guru yang berjaya). Namun laut tetap sinonim dangan kehidupan Bugis.

Makanan utama orang Bugis adalah ikan. Ikan dimakan secara dimasak dan ada juga yang dimakan mentah. Tabiat permakanan ini membentuk budaya serta akal budi bangsa Bugis. Saya tidak akan membincangkan hal itu secara detail kecuali jika ada padaidik yang ingin menambahnya - silakan... Saya hanya ingin memfokuskan kepada isu ikan dan kecerdasan akal. Sedarkah padaidik sekalian bahawa rata-rata orang Bugis cerdas dan pintar? (bukan masuk bakul angkat sendiri - sekadar perbincangan). Ini adalah kerana leluhur kita adalah pemakan ikan - Pakandre bale... (kuat makan ikan). Pernahkah padaidik dengar nasihat toriolo kita "jangang makang kepala ikang nanti bodok..."? Percayakah padaidik pada nasihat itu? Atau kita hanya berkata "Awwededeh! dia yang mau makan kepala ikan... dilarangnya pulak kita..."

Cuba baca artikel Copy & Paste di ruang kiri halaman ini... Berjudul "Mengapa Yahudi Bijak?" Fahami betul-betul dan mari kita bincang semula... Selamat membaca dan ambillah pengajaran sebanyak yang boleh...

Salam Hormat.

Monday, February 9, 2009

Siri`... sambungan.

Salam Padaidik...

Maaf jutaan maaf kerana lama mendiam. Terimakasih kepada teman2 yang terus menerus menghubungi melalui emel dan sms... Ramai juga yang bertanya tentang program kuliah saya dimerata tempat. Memang saya bercadang untuk masukkan jadual kuliah saya dalam drbadrulamin.blogspot.com. Sudi-sudilah mampir...

Sejak pilihanraya Mac tahun lalu, gelanggang dakwah semakin luas, tugas semakin banyak, amanah semakin besar. Yah... Hidup juga perlu diteruskan... Baiklah... Kita sambung bicara kita tentang Siri`...

Konsep siri` (masiri' - malu, menjaga maruah) punya makna lebih luas lagi dimana ia membawa erti 'jangan mau mengalah atau dikalahkan'... Sering dikaitkan dengan ungkapan to riolo kita antara lainnya:

"...aja mu melo nabetta taue makkalla ricappa'na letengnge..."

Maksudnya - Jangan sama sekali kau mahu didahului orang lain memijak kaki di hujung titian (jangan kau mau di dahului orang lain dalam soal pekerjaan atau mencari rezki) - maksudnya mestila kau rajin dan sentiasa mendahului orang lain. (Bukankah burung yang pertama datang dapat lebih cacing? Early birds get more worms...)

Ia juga membawa erti keberanian, kesabaran, ketabahan serta keupayaan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian atas tiap masalah yang menimpa...

"...naiya riasengage to warani maperengnge narekko moloio roppo-roppo ri laommu, rewe'ko paimeng sappa laleng molai..."

Maksudnya - Adapun yang disebut orang berani ialah yang kuat dan unggul bertahan. Jikalau engkau hadapi rintangan berat yang tak dapat kau lalui atau hadapi, kembalilah memikirkan jalan atau cara untuk mengatasinya..."

(Dipetik dan diubahsuai dari Kertas Projek Penyelidikan "Penglibatan Politik Suku Kaum Bugis Satu Kes Kajian di N.46 Merotai, Tawau" oleh Nordin Bula - Terima kasih sdr Nordin...)

Semoga bermanfaat...

Salam Siri`...

Friday, June 13, 2008

Sipattuo Sipattokkong...

Salam Padaidik... Maaf jutaan maaf...

Dua minggu di Sabah terlalu sibuk dengan program di KK, Kota Belud, Tawau, Samporna, Lahad Datu... Ditambah pula dengan ayah yang menjalani pembedahan akibat pendarahan di kepala dan terpaksa berada di hospital Tawau selama 2 minggu itu... Alhamdulillah semuanya lancar dan kini ayah sedang berehat di rumah sambil ikut terapi di hospital 5x seminggu... Kagum dengan semangat ayah... Ketika akan dibawa masuk kedalam dewan bedah kami anak-anaknya cuba menenangkan perasaannya yang sebenarnya memang sentiasa tenang... Dan dengan tenang pula ayah berkata "Dek na wedding labuk esso e ki tengana bitara e..." (Tidak mungkin tiba malam selagi mentari di tengah langit). Dalam istilah melayunya "Pantang maut sebelum ajal..."

Kini disibukkan pula dengan gerakan-gerakan anti kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat (hari ini perarakan dari masjid Kg. Baru ke KLCC selepas solat Jumaat, ribuan yang hadir). Kenaikan harga minyak yang pastinya akan megakibatkan kesan berantai iaitu kenaikan harga semua barang tanpa kecuali... Tambah lagi dengan kesibukan menangkis serangan-serangan keatas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor oleh mereka yang berhati jahat yang ingin mengekalkan kejahatan dengan sokongan segelintir rakyat yang masih mau hidup dalam kejahatan...

Alhamdulillah 20 Jun ini Selangor manyambut 100 hari kerajaan baru Pakatan Rakyat. Perhimpunan raksaksa akan berlangsung di Stadium Shah Alam mulai Solat Maghrib berjamaah diikuti dengan doa selamat, solat Isyak dan sessi penerangan oleh Pimpinan Negeri... Saya menjemput semua tanpa kecuali untuk hadir beramai-ramai bersama saudara mara rakan dan taulan serta jiran tetangga dan kenalan...

Marilah hidupkan budaya bertolong-tolongan menegakkan kebaikan sesuai dengan ruh "sipattuo sipattokkong..." atau dalam bahasa al-Qurannya "wata`aa wanuu `alal birri wattaqwaa walaa ta`aa wanuu alal 'ithmi wal `udwaan..." (bertolonganlah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa dan jangan kamu bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan...)

Salaamak...

Thursday, May 15, 2008

Hijrah & Perubahan.

Alhamdulillah... Kelmaren saya pulang dari Kuwait menghadiri persidangan 1 hari anjuran International Islamic Charitable Organization. Banyak isu yang dibincangkan mengenai nasib dan masa depan umat Islam di dunia. Wakil-wakil Pertubuhan Kebajikan Islam hadir mewakili hampir seluruh dunia Islam dan bukan Islam termasuk dari Amerika, Eropah, Afrika dan Asia. Saya pergi mewakili 5 Kerajaan Pakatan Rakyat di Semenanjung.

Yang menariknya ialah bila saya bersembang dengan wakil dari Filipina, seorang professor di Universiti Marawi, dia akui bahawa antara peneroka awal Islam di Filipina ialah pelayar dan pedagang Bugis. Rupa-rupanya "tau riolo" kita bukan hanya menjelajah di sekitar wilayah Borneo malah juga melintasi lautan sulu untuk pergi ke wilayah yang lebih utara seawal tahun 1700an atau awal 1800an...

Memang tidak dinafikan bahawa Bugis adalah pelayar yang hebat, namun bukan ilmu pelayaran itu yang ingin kita bicarakan tapi konsep "hijrah" yang mendorong orang Bugis untuk mengembara. Saya mulakan dengan orang tua saya yang masuk ke Sabah di zaman British. Mereka sanggup berperahu layar meredah lautan semata-mata kerana inginkan perubahan. Nasib keluarga perlu diubah... Anak-anak perlu disekolahkan...

Islam juga melihat hijrah sebagai asas untuk perubahan. Sya'ir Imam Syafi'e bermaksud "Emas di perut bumi tidak akan bersinar... Gaharu di hutan tidak akan berharga... Singa dalam gua tidak akan makan... Anak panah di busur tidak akan mengena sasaran..." Emas perlu keluar dari perut bumi, gaharu perlu meninggalkan hutan, singa perlua keluar cari mangsa dan anak panah perlu berpusah dengan busurnya...

Bagaimanapun, hijrah sikap dan minda itu yang lebih utama. Selagi minda dan sikap tidak diubah, maka selagi itulah kita tidak akan mencapai matlamat perubahan yang diidamkan... Sebagai orang Islam, pembentukan sikap dan minda kita tentu tidak boleh lari dari ajaran agama. Persoalannya - bagaimanakah Islam boleh dihayati dalam keadaaan agama yang semakin terasing dari kehidupan kita? Sabda Nabi s.a.w. bermaksud "Islam bermula sebagai suatu yang asing, dan Islam akan kembali asing... Maka berbahagialah orang-orang asing (kerana mempertahankan Islam yang asing itu)..."

Saya lontarkan tajuk ini untuk perbincangan padaidik semua... Salaaaamak!

Wednesday, April 30, 2008

Sabar dan Tawakkal.

Saya pernah dengar orang tua kita berkata... B.U.G.I.S itu dari 5 kalimah iaitu B- berani (kerana benar), U- usaha (kuat kerja), G - gigih (tidak putus asa), I - Indah (seni budayanya) dan S - Sabar (mengawal diri).

Sabar pula sering dikaitkan dengan tawakkal kepada Tuhan, sesuai dengan budaya Bugis yang amat rapat dengan agama. Lagu-lagu dan puisi Bugis banyak diwarnai dengan ajaran-ajaran agama. Ketika di Mesir dulu, saya sering ikuti program wacana ilmu anjuran Persatuan Keluarga Sulewesi dan di situ saya banyak mengenal Bugis dan budayanya. Saya sempat juga belajar sedikit tulisan Bugis (Ka Ga Ngang Kak, Ca Ja Nyan Cak, Ta Da nan Rak, Pa Ba Mam Pak, Ya Ra La Wa, Sa A Ha... kalau salah tolong betulkan...)

Ada pepatah Bugis yang amat berkesan di hati saya tentang sabar dan tawakkal - "Sabbarak ko mappesona, mu tajeng pammase... Dua pammase u tajeng... Pammasena puangngE, pammasena idik wattakalata..." Jadikanlah sabar dan tawakkal itu sebagai perhiasan diri...

(Sekiranya ada teman-teman padaidik dari Universitas Hasanuddin yang mengikuti blog ini, saya ingin menjejaki sahabat-sahabat yang bersama di Mesir pada tahun 1979-1983. Salam...)